Download or read book Sutera Kasih written by Sirhan Ansari and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 434 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah? Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan! Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.
Download or read book SELAUT KASIH written by Azilawati Mat Angsar and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 477 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:
Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
Download or read book Emilya Zulaikha written by Ariff Affandy and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...
Download or read book MAMA DIA SAYA PUNYA written by AIREEN ERINA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 429 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Izma Huda – Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya! Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin. Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?
Download or read book Bersatu Dalam Rindu written by Amna Nazia and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 616 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Camelia Haryani – Bukan duit ringgit yang menjadi pilihannya, tapi bohonglah kalau dia tidak mahu duit. Sebenarnya bukan dia mahu sangat masuk dalam keluarga kaya itu, namun dia terpaksa. Hidupnya jadi tidak menentu semenjak mengenali Ariel dan Reyna. Reyna Natasha – Dia punya segalanya. Sekali kemahuannya dibantah, parah jadinya. Lantaran cintanya ditolak, dia membuat onar. Siapa Ariel dan Camelia? Ah... mereka hanya setumpuk debu dalam hidupnya. Ariel Zhafran – Dia sengaja mengambil kesempatan gara-gara insiden cermin keretanya pecah. Suka benar dia mengenakan gadis polos itu. Perempuan seperti itu hanya patung mainan baginya. Titik persahabatan menjadi pemula segalanya. Benarkah pipit hanya terbang sama enggang? Tidak layakkah pipit untuk terbang bersama?
Download or read book Jalinan Kasih written by Puteri Andalas and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 320 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Entahlah, aku tak mahu memikirkan ini semua, aku tak dapat menipu diri sendiri. Aku takut hari perpisahan akan datang juga... Perjalanan kita masih jauh lagi. Masih panjang. Walaupun satu masa nanti kita terpaksa berpisah aku yakin kita akan berjumpa semula. Tuhan akan makbulkan doa kita...
Download or read book Indahnya Kasih written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 444 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Indahnya Kasih merupakan sambungan Kisah Kasih, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini, kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan. Kisah kali ini membuatkan dibuai perasaan. Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu peuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan. Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hat
Download or read book Cinta MOU written by Nurassyi Rashid and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.
Download or read book Cutenya Dia written by Azleya Shadzalin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 540 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta pandang pertama – “Hmm... aku tak percaya pada ungkapan ini sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura... kenapa hati aku rasa lain? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima ajelah.” – Ammar Bakhtiar Tak kenal maka tak cinta – “ Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ni tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!” – Naura Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita...
Download or read book Cintamu di hati written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:
Download or read book Kejora Di Langit Cinta written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 587 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa. Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empattahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang kalau bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.
Download or read book 1001 Nama Bayi Perempuan Islami written by Halim Mubarok and published by Serayu Publishing. This book was released on with total page 53 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kehadiran sang buah hati membawa kegembiraan tersendiri untuk orang tua. Menjelang hari kelahirannya salah satu hal yang perlu Ayah Bunda persiapkan ialah nama bayi, antara lain nama bayi perempuan yang Islami. Orang tua sangat dianjurkan untuk memberikan nama yang bermakna baik. Sebab nama tersebut tidak sebatas sebagai panggilan di dunia saja. Di hari kiamat, setiap orang akan dipanggil dengan namanya disertai nama sang Ayah. Hal itu terkandung dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Daud, “Sungguh kalian nanti pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kalian dan nama bapak kalian, maka baguskanlah nama-nama kalian.” Oleh karenanya, memilih nama bayi perempuan perlu pertimbangan yang cukup matang. Nama tersebut juga bisa menjadi untaian doa untuknya. Jika Ayah Bunda masih bingung mencari nama bayi perempuan terbaik untuk si kecil, simak deretan inspirasi nama bayi perempuan islami. Ada 1001 nama bayi perempuan Islami yang dirangkum dari berbagai sumber. Dengan makna beragam, cantik, menarik, menawan, modern, sampai rekomendasi nama yang unik dan jarang dipakai.
Download or read book Untuk Sekali Lagi written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!
Download or read book Ada cinta di hati written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 524 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya. Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri. Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya. Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya. Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?
Download or read book Like Tigers Around a Piece of Meat written by Phillip Lee Thomas and published by Institute of Southeast Asian Studies. This book was released on 1986 with total page 105 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Throughout Malay-speaking Southeast Asia, the Malay pantun has long provided a medium for social intercourse between people of varied ethnic backgrounds. One of the most elaborate forms of pantun singing is Dondang Sayang. With a focus on Baba Chinese contributions, Like Tigers around a Piece of Meat traces the history of Dondang Sayang and analyses through texts from Singapore and Malacca how the poets achieve works of profound meaning.
Download or read book With All My Heart written by ADEEBA ERYNA and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 283 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.