EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Disebalik Wajah

    Book Details:
  • Author : Elee Mardiana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124656X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Disebalik Wajah written by Elee Mardiana and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SOFIA, gadis manis berkelulusan dari universiti di luar negara. Sejak kecil lagi cita-citanya hanya satu – membahagiakan hati ibu. Justeru, sebaik pulang ke tanah air, bukan kerja yang dicarinya tetapi saudara kandungnya yang hilang sejak sekian lama. Itu janjinya walaupun dia sedar janji yang dipegang bukan mudah untuk dikotakan. Namun, hatinya nekad mencuba meskipun orang orang sekeliling sudah lama mengalah. Pencarian itu menemukannya dengan seorang jejaka yang masih tercari-cari identiti diri, yang merindui kasih seseorang. Bibit cinta lahir di hati Sofia. Hadirnya bertemankan cemburu, namun hatinya bahagia bila dia turut diajak berkongsi kasih sayang itu Kehadiran gadis itu yang cuba merungkai persoalan, tanpa disengajakan telah membongkar rahsia yang sejak sekian lama bersembunyi di sebalik wajah insan yang wujud dalam hidup lelaki bernama Aslan. Rahsia yang menjadi kabus hitam yang menyelubungi hidupnya sejak sekian lama. Namun rahsia itu terpaksa disimpan oleh Aslan untuk menjaga hati orang-orang yang dicintainya.

Book Kemahuan Hati

    Book Details:
  • Author : Fida Rohani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246942
  • Pages : 480 pages

Download or read book Kemahuan Hati written by Fida Rohani and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 480 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu. Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya. Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan. Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.

Book Merdu Lirik Kasih

Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Book Aku Mahu Kamu

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245067
  • Pages : 512 pages

Download or read book Aku Mahu Kamu written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Book Banglo Seksyen 12

Download or read book Banglo Seksyen 12 written by Hasrudi Jawawi and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 420 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dia datang bila cahaya menghilang... Tragedi pembunuhan enam orang remaja di sebuah banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam orang remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranormal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, ketika mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apakah sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini. “Saya tak tahu. Keadaan gelap-gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam.” ~ Fahmi “Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia kat mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!” ~ Inspektor Hairy “Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. ‘Dia’ macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail.” ~ Saleha

Book Ku Mohon Kasih

    Book Details:
  • Author : Haiza Najwa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 983124379X
  • Pages : 676 pages

Download or read book Ku Mohon Kasih written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 676 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni. Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui. Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga. Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu. Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Book Bila Cinta Membara

Download or read book Bila Cinta Membara written by Mazia Harris and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 668 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh, akhirnya meletus. Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi panjangnya. sandiwara cinta ini mesti dinokhtahkan! Segala kenangan ini mesti dikuburkan. Cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alam realiti.

Book Aku Turut Bahagia

Download or read book Aku Turut Bahagia written by Asmah Hashim and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: "Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.” Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Tiada Lagi Mimpi

    Book Details:
  • Author : Sharifah Abu Salem
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242033
  • Pages : 349 pages

Download or read book Tiada Lagi Mimpi written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 349 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Book Kasih di Tiga Ufuk

    Book Details:
  • Author : Rohaidah Daud
  • Publisher : Pelangi ePublishing Sdn Bhd
  • Release : 2012-07-01
  • ISBN : 9670351766
  • Pages : 172 pages

Download or read book Kasih di Tiga Ufuk written by Rohaidah Daud and published by Pelangi ePublishing Sdn Bhd. This book was released on 2012-07-01 with total page 172 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Yasmin marah terhadap perbuatan papanya yang menghancurkan perasaan mamanya. Dia benci terhadap Nenek Mary kerana menjadi punca perpisahan mama dengan papanya. Disebabkan mereka juga, dia terpisah dengan Dahlia, kakaknya. Mamanya pula kemudian meninggalkannya untuk selama-lamanya. Bagaimanakah dia dapat menghadapi semua perkara yang langsung tidak menyebelahi nasibnya? Namun, kemarahan dan kebencian itu reda apabila Yasmin melihat keadaan Nenek Mary dan mengetahui perkara sebenar tentang papa dan kakaknya. Perasaan kasih dan sayang pula meresap ke dalam sanubarinya. Dia terpaksa membuat pilihan. Mampukah Yasmin menyatukan kasihnya dan membahagiakan orang-orang yang disayanginya?

Book Pengembaraan Afiq

Download or read book Pengembaraan Afiq written by Mohd Zahar Yasin and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AFIQ membelek-belek kesan parut pada lengan kirinya. Suasana hingar bingar di dalam kelasnya tidak dihiraukan. Sejak kebelakangan ini, guru-guru jarang masuk ke kelas. Peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir minggu lepas. Kini mereka sibuk dengan persiapan untuk mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan dalam masa dua minggu lagi. Oleh kerana begitu asyik mengelamun, dia langsung tidak menyedari bunyi bising tadi telah berhenti sepenuhnya dan rakan-rakan sekelasnya semua sedang berdiri.

Book Mr Singa Miss Selamba

    Book Details:
  • Author : NURINA FEEZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 967860728X
  • Pages : 422 pages

Download or read book Mr Singa Miss Selamba written by NURINA FEEZA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 422 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Miss Selamba, itulah gelaran yang sesuai untuk Maira Qaisarah. Dialah manusia pertama berani melawan cakap Iqram Fattah a.k.a Mr Singa merangkap bosnya. Dengan beraninya Maira Qaisarah tayang muka selamba sambil tersengih bak kerang busuk ketika Iqram Fattah tengah marah? Memang buku bertemu ruas! Namun, sikap caring Maira Qaisarah membuatkan Iqram Fattah jatuh cinta, sampai sanggup masuk meminang. Gila ke apa? Tak pasal-pasal Iqram Fattah makan penumbuk Maira Qaisarah! “Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - Maira Qaisarah “Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Lepas kahwin, Iqram Fattah jadi romantik pula. Maira Qaisarah terus jadi cair. Adat berumah tangga tak semestinya indah selama-lamanya. Tup… tup… Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis menggoda Maira Qaisarah. Rumah tangga mereka jadi huru-hara!

Book Tak Cinta Tak Apa

Download or read book Tak Cinta Tak Apa written by Zuri Yanie and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 615 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

Book Srikandi VS Arjuna

    Book Details:
  • Author : Izza Aripin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246934
  • Pages : 448 pages

Download or read book Srikandi VS Arjuna written by Izza Aripin and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

Book Cinta Lolipop

    Book Details:
  • Author : Stella Luna
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462236
  • Pages : 425 pages

Download or read book Cinta Lolipop written by Stella Luna and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 425 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertelingkahan kecil yang bermula dari zaman persekolahan akhirnya menjadikan Aryana dan Haniff teman yang rapat sehingga ke zaman universiti. Namun keakraban hubungan persahabatan mereka bagai musnah apabila Haniff meninggalkan Aryana tanpa sebarang pesan. Pertemuan yang tidak diduga di pinggiran Mediterranean menyatukan kembali hubungan yang dahulunya akrab. Sekalipun kisah Aryana dan Haniff bagai satu hikayat yang panjang, namun hati Aryana telah pun dicuri insan yang bernama Danial. Indahnya musim percintaan Aryana, sayangnya entah sampai bila ia akan berkekalan. Sekali lagi hatinya diuji dengan satu perkataan yang sama. Kejujuran.

Book Cinta Sufi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831245415
  • Pages : 520 pages

Download or read book Cinta Sufi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 520 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.