EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Ada cinta di hati

Download or read book Ada cinta di hati written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 524 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya. Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri. Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya. Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya. Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Book Percaya Ada Cinta

Download or read book Percaya Ada Cinta written by Ryana Adrina and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 480 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.

Book Syurga Di Hati

    Book Details:
  • Author : Fatin Nabila
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244311
  • Pages : 502 pages

Download or read book Syurga Di Hati written by Fatin Nabila and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Book Cinta Hati Kita

    Book Details:
  • Author : H.M. Tuah Iskandar al-Haj
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244346
  • Pages : 502 pages

Download or read book Cinta Hati Kita written by H.M. Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Book Yang Mana Satu

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246675
  • Pages : 544 pages

Download or read book Yang Mana Satu written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 544 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid? “Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.” Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya. “Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.” Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Book Kahwin Tiga Kali

Download or read book Kahwin Tiga Kali written by Rasya Elyna and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 416 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.

Book Irama Semalam

    Book Details:
  • Author : Yatie Atiqa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246551
  • Pages : 400 pages

Download or read book Irama Semalam written by Yatie Atiqa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?

Book Cinta MOU

    Book Details:
  • Author : Nurassyi Rashid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249097
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta MOU written by Nurassyi Rashid and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Cintamu di hati

Download or read book Cintamu di hati written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Kuseru Namamu

    Book Details:
  • Author : Ilani Mysara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243145
  • Pages : 521 pages

Download or read book Kuseru Namamu written by Ilani Mysara and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 521 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: APA ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tangggungjawab. Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang per-juangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi. Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di antara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya? Bacalah demi sebuah nama yang suci...

Book Izinkan Kubahagia

Download or read book Izinkan Kubahagia written by Leeya Myra and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir. Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu. Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Book Cinta Senget Benget

    Book Details:
  • Author : Nina Rose
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 967860504X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Senget Benget written by Nina Rose and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!

Book Be My Partner

    Book Details:
  • Author : Fadhilah Drahman
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462090
  • Pages : 373 pages

Download or read book Be My Partner written by Fadhilah Drahman and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 373 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?

Book Curi curi Suka

    Book Details:
  • Author : Liyana Zahim
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247779
  • Pages : 512 pages

Download or read book Curi curi Suka written by Liyana Zahim and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya! Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

Book Kasih Benar Kasih

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246683
  • Pages : 509 pages

Download or read book Kasih Benar Kasih written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 509 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, "Dia kosong, aku pun kosong" Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju. Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Book Aku Mahu Kamu

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245067
  • Pages : 512 pages

Download or read book Aku Mahu Kamu written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.