EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Semangat Hutan

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2001
  • ISBN : 9831240529
  • Pages : 817 pages

Download or read book Semangat Hutan written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2001 with total page 817 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Book Ungu Karmila

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243498
  • Pages : 655 pages

Download or read book Ungu Karmila written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 655 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi. Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Book Tombiruo Terakhir

Download or read book Tombiruo Terakhir written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Book Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan

Download or read book Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan written by Norfarizah Mohd Bakhir and published by Penerbit USM. This book was released on with total page 193 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan meneroka perihal ilmu kearifan tempatan tentang amalan memelihara dan mengekalkan warisan budaya, sejarah dan persekitaran semula jadi dengan cara memastikan daya maju dan ketersediaan jangka panjangnya untuk generasi akan datang. Kelestarian dalam warisan adalah penting dan meliputi pemeliharaan budaya, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan faedah ekonomi. Prinsip asas kemapanan dalam warisan boleh meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat, mencari kegunaan baharu yang mapan untuk warisan, dan melaksanakan amalan mesra alam untuk melindungi persekitaran semula jadi yang berkaitan dengan tapak warisan. Perbincangan yang diketengahkan dapat dilihat sebagai usaha para penyelidik memelihara dan melestarikan ilmu kearifan tempatan. Melalui integrasi ilmu kearifan tempatan dan teknologi, keseimbangan yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat dapat dicapai dan dinikmati serta terus dipelihara untuk masa depan.

Book MAGIS

    Book Details:
  • Author : RAMLEE AWANG MURSHID
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248937
  • Pages : 545 pages

Download or read book MAGIS written by RAMLEE AWANG MURSHID and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 545 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

Book RUNCING

    Book Details:
  • Author : ZHARULNIZAM Z.A
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249216
  • Pages : 528 pages

Download or read book RUNCING written by ZHARULNIZAM Z.A and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul. Haji Ipin diserang penyakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tapi mulutnya bagai dipasung. Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat yang Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil. Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Mistik tentunya ditentang dengan cara mistik. Zikir, tasbih dan tahmid jadi senjata menentang syaitan laknaktullah. Dalam debar dan gementar, mereka bergelut kerana sebuah dendam

Book Projek Seram   Kem

Download or read book Projek Seram Kem written by Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 277 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kisah Latifah - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram. Kem Rahsia - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”

Book Petaka Nyawa

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249720
  • Pages : 675 pages

Download or read book Petaka Nyawa written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 675 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Book 9 Nyawa

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244877
  • Pages : 528 pages

Download or read book 9 Nyawa written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Book Cinta Sufi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831245415
  • Pages : 520 pages

Download or read book Cinta Sufi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 520 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Book SUTERA BIDADARI

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246799
  • Pages : 560 pages

Download or read book SUTERA BIDADARI written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan danrawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia. RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri,Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehigga ke hujung nyawa. MAHKLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu masa dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Book Satu Janji

Download or read book Satu Janji written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 568 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Book Hatiku Di Harajuku

Download or read book Hatiku Di Harajuku written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut. Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Book Penjara Mati

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605872
  • Pages : 587 pages

Download or read book Penjara Mati written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 587 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah. Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

Book Jeritan Puaka

    Book Details:
  • Author : Ninie Othman
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2017
  • ISBN : 9674462996
  • Pages : 336 pages

Download or read book Jeritan Puaka written by Ninie Othman and published by Buku Prima. This book was released on 2017 with total page 336 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Apabila dua dunia menjadi satu” Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka. Di saat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkannya terbuka luas sehingga akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tatkala kaki melangkah masuk ke dunia itu, mereka tahu mereka telah membuat keputusan yang salah tetapi semuanya sudah terlambat. Apakah pengakhiran hidup mereka? Dapatkah mereka berpatah balik atau terus terkubur di alam sana? “Abang harap tak ada di antara kita yang lemah semangat. Kalau ternampak, terdengar atau tercium apa-apa, jangan sesekali tegur.” – Abang Kipli “Sal nampak perempuan mata putih masa abang Iman dibawa naik tadi,” – Salmi “Memang sebiji suara kau. Lepas tu pintu terbuka. Mati-mati kita orang ingat kau yang buka pintu,” – Azrul

Book Malay Magic

Download or read book Malay Magic written by Walter William Skeat and published by . This book was released on 1900 with total page 782 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: