EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book SELAUT KASIH

    Book Details:
  • Author : Azilawati Mat Angsar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 101-01-01
  • ISBN :
  • Pages : 477 pages

Download or read book SELAUT KASIH written by Azilawati Mat Angsar and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 477 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Arca Kasih

Download or read book Arca Kasih written by Norzailina Nordin and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?

Book Kasih Antara Kita

Download or read book Kasih Antara Kita written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 521 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Book Ku Usir Lara Ini

Download or read book Ku Usir Lara Ini written by Aminah Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 343 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur. Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi. Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan. KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?

Book Sukma Rindu

    Book Details:
  • Author : Fariza Zuliana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2002
  • ISBN : 9831241061
  • Pages : 355 pages

Download or read book Sukma Rindu written by Fariza Zuliana and published by Alaf 21. This book was released on 2002 with total page 355 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan. Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti. Cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza, ada segala jawapannya.

Book Janji Kasih

    Book Details:
  • Author : Sri Diah
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242122
  • Pages : 534 pages

Download or read book Janji Kasih written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 534 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara ibu dan bapa Saliwati menimbulkan pelbagai dugaan hidup. Ibunya berkahwin lain dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya. Namun, bapa tirinya bukanlah seorang lelaki yang bertanggungjawab sehingga sanggup merosakkan masa depannya. Zahim, kekasih lamanya berada di persimpangan apabila dia disuruh berpoligami oleh isterinya. Saliwati terperangkap antara cinta Zahim dengan Huzairi yang kematian bapa akibat tragedi tsunami. Apakah yang akan dilakukan oleh Saliwati? Perlukah dia hidup bersama dengan Zahim atau menerima cinta Huzairi? Apakah janji-janji yang dilafazkan oleh isteri Zahim?

Book Ku Mohon Kasih

    Book Details:
  • Author : Haiza Najwa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 983124379X
  • Pages : 676 pages

Download or read book Ku Mohon Kasih written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 676 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni. Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui. Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga. Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu. Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Sea of Affection  a Shore of Love

Download or read book Sea of Affection a Shore of Love written by Fee Ming Chang and published by . This book was released on 2016 with total page 238 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: This apply to all offices for non-english, non-malay/ Indonesia).

Book Kau Tetap Di Hati

Download or read book Kau Tetap Di Hati written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 446 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya. Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akirnya menjadi suami. Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh. Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Cinta Untuk Elyana

Download or read book Cinta Untuk Elyana written by Misya Darlina and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 497 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya. Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri.

Book Cintamu di hati

Download or read book Cintamu di hati written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Aku Mahu Kamu

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245067
  • Pages : 512 pages

Download or read book Aku Mahu Kamu written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Book Makna Cinta

    Book Details:
  • Author : Maria Alina
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244494
  • Pages : 503 pages

Download or read book Makna Cinta written by Maria Alina and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 503 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup. Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ. Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas.Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf. Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

Book Tautan

    Book Details:
  • Author : Holger Holzwarth
  • Publisher : ITBM
  • Release : 2011
  • ISBN : 983068718X
  • Pages : 325 pages

Download or read book Tautan written by Holger Holzwarth and published by ITBM. This book was released on 2011 with total page 325 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Eko space Nugroho

Download or read book Eko space Nugroho written by Eko Nugroho and published by First Published. This book was released on 2011 with total page 179 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: