EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Realiti Kasih

    Book Details:
  • Author : Qursiah Hanum
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245253
  • Pages : 368 pages

Download or read book Realiti Kasih written by Qursiah Hanum and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Book Astana Kasih

    Book Details:
  • Author : Hashim Salleh
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246500
  • Pages : 400 pages

Download or read book Astana Kasih written by Hashim Salleh and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Astana Kasih...vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladang getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya. Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.

Book Puncak Kasih Kita

Download or read book Puncak Kasih Kita written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana. Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya. Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!

Book Irama Semalam

    Book Details:
  • Author : Yatie Atiqa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246551
  • Pages : 400 pages

Download or read book Irama Semalam written by Yatie Atiqa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Dua Garis Cinta

Download or read book Dua Garis Cinta written by Raiza Ruhila and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA yang tidak dilafazkan ibarat luka yang membekam. Sanggup menjeruk perasaan sendiri dengan meng impikan sesuatu yang tidak pasti. Begitulah derita yang ditanggung Rosmila sejak sekian lama. Tetapi, Azli, lelaki pujaannya masih tidak mengerti. Mereka akhirnya berpisah membawa haluan sendiri. Suratan takdir menemukan mereka kembali. Rosmila tetap setia menyimpan rasa. Dia masih berteka-teki tentang perasaan sebenar Azli. Akhirnya, lelaki itu melafazkan bahawa Rosmila adalah rindu dan cinta di hatinya sejak dulu lagi. Namun laut yang tenang, tiba-tiba bergelora diamuk badai. Rosmila ragu-ragu dengan kejujuran Azli. Mulut kata cinta tapi kemesraannya dengan Hidayah, bekas kekasihnya menimbulkan persoalan. Ikhlaskah Azli menerima cintanya? Segala ranjau yang didepani membuatkan Rosmila terfikir sejenak. Sudahkah dia bersedia untuk mendakap cinta yang datang? Atau cinta itu sebenarnya yang cuba menjauh?

Book Puteri Cinta

    Book Details:
  • Author : Kreisya Reisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244788
  • Pages : 448 pages

Download or read book Puteri Cinta written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Book Going to College

    Book Details:
  • Author : Don Hossler
  • Publisher : Galangpress Group
  • Release : 1999-01-05
  • ISBN : 9780801860003
  • Pages : 98 pages

Download or read book Going to College written by Don Hossler and published by Galangpress Group. This book was released on 1999-01-05 with total page 98 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Going to College tells the powerful story of how high school students make choices about postsecondary education. Drawing on their unprecedented nine-year study of high school students, the authors explore how students and their parents negotiate these important decisions. Family background, finances, education, information—all influence students' plans after high school and the career paths they pursue, as do the more subtle messages delivered by parents and counselors which shape adolescents' self-expectations. For high school guidance counselors, college admissions counselors, parents and teachers, and public policy makers, this book is a valuable resource that explains the decision-making process and helps adults to help students make appropriate choices. The authors identify predisposition, search, and choice as the three stages in the student decision-making process. Predisposition refers to the plans students develop for education or work after they graduate from high school. The search stage involves students discovering and evaluating a variety of colleges and universities. In the choice stage, students choose a school to attend from among a list of institutions that are being seriously considered. Understanding exactly how students move through the predisposition, search, and choice stages of the college decision-making process can help students and parents prepare themselves for this process and consider a wider array of options. For education professionals, understanding this process can lead to new initiatives to guide students and families effectively—by providing better incentives for college savings, for example, or devising more effective early information programs about postsecondary education. Going to College is the first book to seriously study over an extended period the decisions that have a pervasive and lasting impact on individual careers, livelihoods, and lifestyles. The authors conclude with important recommendations for improving academic support, exploring various financial options, providing early encouragement—in other words, for recognizing the factors that influence students' decisions, and knowing when to pay attention to them.

Book Herbalis  Tujuh Remaja Sakti

Download or read book Herbalis Tujuh Remaja Sakti written by Hasbullah Abu Bakar and published by Mohamad Hasbullah bin Abu Bakar. This book was released on 2022-11-24 with total page 220 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kembara kali ini membawa Syaid, Hasran, Wei Hun dan Wani ke pelbagai pusuk bumi demi menyelamatkan 7 remaja sakti yang digelar Hatadi dari Pemburu-pemburu Halilintar. Mengapakah mereka diburu? Siapakah pula penunggang naga yang telah hilang? Ikuti pengembaraan yang penuh aksi dan mencabar ini!

Book Kabus Kasih

    Book Details:
  • Author : Eka Fahara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2004
  • ISBN : 9831241711
  • Pages : 469 pages

Download or read book Kabus Kasih written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 469 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena. Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.

Book Bintang Itu Milikku

    Book Details:
  • Author : Arfa Ardiya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124706X
  • Pages : 480 pages

Download or read book Bintang Itu Milikku written by Arfa Ardiya and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 480 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati. Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.

Book Saat Kau Hadir

    Book Details:
  • Author : Laila Kamilia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831244028
  • Pages : 486 pages

Download or read book Saat Kau Hadir written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 486 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Book Hang Tuah Adiwira Bangsa

    Book Details:
  • Author : Steven Sim
  • Publisher : Strategic Information and Research Development Centre
  • Release : 2022-12-06
  • ISBN : 9672464665
  • Pages : 132 pages

Download or read book Hang Tuah Adiwira Bangsa written by Steven Sim and published by Strategic Information and Research Development Centre. This book was released on 2022-12-06 with total page 132 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Saudara YB Steven Sim sudah lama akrab dengan Hang Tuah, wira Malaysia dan Nusantara ini, selalu mengikuti dan menyumbang kepada wacananya, serta menambah sudut pandangannya sebagai warga Malaysia yang moden yang bangga dengan Hikayat besar ini. . . . Saya sangat teruja bahawa Saudara YB Steven Sim, dengan segala ghairahnya, turut menjadikan Hang Tuah simbol “Malaysia Baharu”, simbol untuk semua rakyat Malaysia. Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara Sebagai salah seorang ahli politik-sarjana yang menjadi harapan Malaysia hari ini, keterpesonaan Steven Sim terhadap budaya Melayu dan sejarah Melayu telah sedia masyhur diketahui umum. Dalam mengkaji dan menganalisis fenomena Hang Tuah, Steven Sim mengemukakan persoalan etnografi utama mengenai zaman ketika mana Melaka menguasai budaya dan perdagangan di seluruh laut Nusantara, yang berpotensi mengubah pandangan etno-nasionalistik moden mengenai kerancakan dunia kosmopolitan di mana Hang Tuah bukan sahaja tumbuh “membesar” malah turut “mencorakkannya”. Dato' Dr Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif, Penang Institute Saya yakin ada beberapa orang sahaja pemimpin Melayu yang pernah membaca naskhah ini sehingga selesai. Seseorang pemimpin yang dapat membaca dan menelah fikiran bangsanya akan dapat melakukan yang lebih baik – berkhidmat – dan saya percaya itu sebabnya YB Steven Sim ingin berkongsikan apa yang beliau baca, dan kekagumannya kepada naskhah ini. Dr Faisal Tehrani, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM

Book Sungguh Aku Cinta

Download or read book Sungguh Aku Cinta written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 500 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Book Emilya Zulaikha

Download or read book Emilya Zulaikha written by Ariff Affandy and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Book Rayyan Fantasi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246152
  • Pages : 560 pages

Download or read book Rayyan Fantasi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.