EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book KAU MARAH AKU SUKA

    Book Details:
  • Author : FATIN NABILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248716
  • Pages : 738 pages

Download or read book KAU MARAH AKU SUKA written by FATIN NABILA and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 738 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus. Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut. Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat. "Abang ni kiranya macam TNB, ya?" "TNB di hati Dian Qarmila."

Book Satu Janji

Download or read book Satu Janji written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 568 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Book Sengal Punya Mamat

    Book Details:
  • Author : Ummu Wafa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606992
  • Pages : 437 pages

Download or read book Sengal Punya Mamat written by Ummu Wafa and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 437 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Obes, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang memanggil beliau Siti dan ada juga yang memanggilnya Ajira. Berjaya di desa dan juga cemerlang di kota. Namun, ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Farhan seorang yang kaya, handsome, bergaya dan merupakan usahawan aksesori dan servis kenderaan mewah di suburbKL metropolis. Namun, kedua-duanya anti cinta. Siti Ajira benci pada lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan pula fobia perempuan kerana apa telah yang diperlakukan oleh tunang terhadapnya meremuk-rendamkan hatinya. Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Book Hai  Encik Perfume

Download or read book Hai Encik Perfume written by Immaz Huda and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 398 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing. Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?

Book Di Sisimu Aku

    Book Details:
  • Author : Fatin Nabila
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831248120
  • Pages : 608 pages

Download or read book Di Sisimu Aku written by Fatin Nabila and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 608 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti. Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal. Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!

Book Please    Jangan    Tackle    Aku

Download or read book Please Jangan Tackle Aku written by Siti Rozilah and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 442 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?

Book Cinta Rahsia

    Book Details:
  • Author : Liza Zahira
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242130
  • Pages : 714 pages

Download or read book Cinta Rahsia written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 714 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra. Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.

Book Jual Beli Cinta

    Book Details:
  • Author : WEEDA AIRIZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605635
  • Pages : 368 pages

Download or read book Jual Beli Cinta written by WEEDA AIRIZA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul!

Book Ada cinta di hati

Download or read book Ada cinta di hati written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 524 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya. Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri. Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya. Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya. Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Book Tertulis Buat Kita

Download or read book Tertulis Buat Kita written by Dhiya Zafira and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”

Book Cinta Usah Dinanti

    Book Details:
  • Author : Aimi Husna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124608X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Usah Dinanti written by Aimi Husna and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti. Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.

Book Petaka Nyawa

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249720
  • Pages : 675 pages

Download or read book Petaka Nyawa written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 675 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Book Jika Kau Tiada

    Book Details:
  • Author : Elin Nadia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244796
  • Pages : 512 pages

Download or read book Jika Kau Tiada written by Elin Nadia and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya. Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.

Book Diriku Usah Dicari

Download or read book Diriku Usah Dicari written by Irda Haleeda and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 432 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!” Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya. “Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Derita Cinta

    Book Details:
  • Author : AISYA SOFEA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606984
  • Pages : 515 pages

Download or read book Derita Cinta written by AISYA SOFEA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 515 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan? Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama. “Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya “Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim

Book Bunga Hati

Download or read book Bunga Hati written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.