EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Jawapan Yang Pasti

Download or read book Jawapan Yang Pasti written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi

Book

    Book Details:
  • Author : Mohd Razali Kamarudin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 9831247590
  • Pages : 200 pages

Download or read book written by Mohd Razali Kamarudin and published by Alaf 21. This book was released on with total page 200 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: "Hanya beberapa bulan sahaja lagi saya nak ambil exam UPSR. Sempat ke saya nak studi dalam masa-masa terdekat ni? Padahal saya belum mengulangkaji sepenuhnya. Apa nak buat ni?" Masalah seperti ini kerap dihadapi oleh kebanyakan pelajar apabila tiba musim peperiksaan. Percaya atau tidak, sebenarnya setiap pelajar mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika mereka mengamalkan teknik dan strategi belajar yang betul. Inilah kunci kejayaan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Buku SKOR 5A UPSR akan mendedahkan teknik belajar berkesan yang boleh diikuti. Tip-tip belajar di dalamnya bukan sahaja boleh digunakan ketika menghadapi peperiksaan UPSR, malah apa jua peperiksaan yang akan ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Insya-ALLAH… keputusan cemerlang pasti dapat dicapai.

Book Setiap Detik Nafasku

Download or read book Setiap Detik Nafasku written by Dhiya Zafira and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 566 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma.

Book Fitrah Kasih

    Book Details:
  • Author : Ilani Mysara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243676
  • Pages : 589 pages

Download or read book Fitrah Kasih written by Ilani Mysara and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 589 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih. Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.

Book Sayang Si Lanun

    Book Details:
  • Author : Erin Zehana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831248023
  • Pages : 512 pages

Download or read book Sayang Si Lanun written by Erin Zehana and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya. GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya. Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?

Book Air Mata Siti Hajar

Download or read book Air Mata Siti Hajar written by Nazihatul Hanan and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri. IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati. Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.

Book Skandal

    Book Details:
  • Author : Richie Rachman
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN :
  • Pages : 287 pages

Download or read book Skandal written by Richie Rachman and published by Alaf 21. This book was released on with total page 287 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEBAIK sahaja pesawat Boeing 747 Excellent Airlines itu mencecah bumi Malaysia, para pe­num­pang diganggu oleh satu pengumuman yang dibuat oleh ketua pramugara. “Tuan-tuan dan puan-puan! Kita telah­ ­selamat mendarat di Lapangan Terbang Antara­­­bangsa Kuala Lumpur. Selamat datang ke Kuala Lumpur, kota raya yang indah dan penuh dengan pelbagai budaya. Kami meng­ucap­kan terima kasih pada anda yang telah memilih penerbangan ini. Kepada yang akan menerus­kan perjalanan ke destinasi seterusnya, boleh­lah ber­-h­ubung dengan biro perjalanan anda di kaunter penerbangan anda di terminal ini.

Book Bahagia Kasihmu

Download or read book Bahagia Kasihmu written by Fatin Nabila and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Book Kejora Di Langit Cinta

Download or read book Kejora Di Langit Cinta written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 587 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa. Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empattahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang kalau bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Book Kekasih Olok Olok

Download or read book Kekasih Olok Olok written by EIJA KHADEEJA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 381 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf. Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa.

Book Cinta Usah Dinanti

    Book Details:
  • Author : Aimi Husna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124608X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Usah Dinanti written by Aimi Husna and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti. Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.

Book Salju Cinta Anna

Download or read book Salju Cinta Anna written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 698 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta itu suatu rasa yang aneh, unik, sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Datangnya tidak dijemput dan perginya tidak diusir. Uniknya cinta, manusia berasa bahagia ketika menderita. Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN. Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia tidak akan pernah kesal mencintai Hud. “Saya bukan siapa-siapa untuk menyayangi awak. Kalaupun saya, sayang tu takkan kekal. Bila-bila masa saja saya akan pergi dan sayang tu akan hilang. Tapi ada yang akan kekal mengasihi awak sampai bila-bila. DIA TUHAN Yang Esa...” – HUD AIDIT

Book Sembilu 2005

    Book Details:
  • Author : Sharifah Abu Salem
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831241908
  • Pages : 303 pages

Download or read book Sembilu 2005 written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 303 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “OKEY semua! Kita sambung mata pe­lajaran esok. Sebelum tu, cikgu nak ingat­kan... jangan lupa buat homework! Boleh tak?” Suara nyaring Cikgu Erra seiring dengan jeritan loceng, menandakan waktu per­sekolahan sudah berakhir. Semua pelajar bergegas me­ngemas meja. Buku-buku pantas dimasukkan ke dalam beg ma­sing-masing. Waktu berakhir persekolahan memang amat dinanti-nantikan. Kalau boleh, biarlah waktu itu tamat lebih awal. Hujung waktu per­sekolahan biasanya agak membosankan. Me­ngantuk dan tidak sabar untuk meninggalkan kelas. Vince yang duduk di hadapan sekali, bangun lebih ter­kemudian daripada Zed dan Khai yang duduk di kiri kanannya. Cikgu Erra masih memberi ingatan kepada para pelajar agar membuat kerja rumah masing-masing.

Book Aku Turut Bahagia

Download or read book Aku Turut Bahagia written by Asmah Hashim and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: "Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.” Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.

Book Ceritera Rindu

    Book Details:
  • Author : Leeya Myra
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244303
  • Pages : 494 pages

Download or read book Ceritera Rindu written by Leeya Myra and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 494 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya. Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Book Damai Kasihku

    Book Details:
  • Author : Iris Ixora
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243129
  • Pages : 564 pages

Download or read book Damai Kasihku written by Iris Ixora and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 564 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat. Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu... Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata. Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.

Book Mencari Naurah

    Book Details:
  • Author : Nazihatul Hanan
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245539
  • Pages : 450 pages

Download or read book Mencari Naurah written by Nazihatul Hanan and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 450 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NATASHA hanyalah gadis kampung. Pertemuannya dengan Asyraf walaupun tanpa sepatah kata menimbulkan bait-bait kasih dalam hatinya. Begitu juga dengan Asyraf. Dia tahu Anuar, sahabat baiknya mencintai Natasha. Hakikatnya, dia hanyalah manusia biasa yang tidak dapat menolak gelora hati yang semakin membara. Mujur masih berbaki iman dan taqwa. Natasha keliru. Jiwa dia ditagih oleh dua jejaka. Kasih pada Asyraf tidak pernah padam tetapi halangan orang tua membuatkan dia pasrah. Saat hatinya mula terbuka buat Anuar yang setia menanti, Asyraf hadir kembali mendambakan kasihnya.