Download or read book Irama Semalam written by Yatie Atiqa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?
Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.
Download or read book Andai Kau Jodohku written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya. Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin. Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!
Download or read book Anugerah Cinta written by Nurmi Syakimi and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.
Download or read book Yang Mana Satu written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 544 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid? “Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.” Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya. “Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.” Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!
Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?
Download or read book Dosa Malam Pengantin written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2000 with total page 258 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Reyna tidak pernah berasa bersalah apabila dia kerap menangguhkan perkahwinannya dengan Iskandar. Baginya kerjayanya sebagai model adalah lebih utama. Dunia glamor yang bergemerlapan adalah segala-gala baginya. Lagipun apa yang mereka tidak perolehi kecuali pernikahan? Apabila Iskandar memutuskan pertunangan dan meninggalkannya, Reyna langsung tidak rasa kecewa sehinggalah bekas tunangnya itu mendampingi Maria, teman serumah Reyna! Di waktu itu barulah Reyna berpijak di bumi nyata. Kemunculan Dr. Munir dalam hidupnya memberikan cahaya. Namun hari-hari semalam sentiasa mengekori dan hari-hari esok mula menghantuinya.
Download or read book Dendam Semalam written by Zaifuzaman Ahmad and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 361 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri. Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan. Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap `hadirÕ dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian hangat membahang diri.
Download or read book Badai Semalam written by Khadijah Hashim and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 260 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:
Download or read book Ku Mohon Kasih written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 676 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni. Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui. Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga. Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu. Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.
Download or read book KOPI LADYKU written by AINUL HAZRAH and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 642 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi 'lady' di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya. Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading. Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya. "Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi." - Muiz - "Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!" - Adib Izhar-
Download or read book Aku Bercerita written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 755 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu. Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya? RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
Download or read book Saat Kau Hadir written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 486 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Download or read book Usah Menangis Sayang written by Aini Marisha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia. Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini. Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.
Download or read book Bunga Hati written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Download or read book Hadirmu Satu Kurnia written by Fariza Zuliana Zulkhifli and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 453 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Beliau menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis tetapi di sebaliknya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali ke persada penulisan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan ''''Hadirmu Satu Kurnia''''. Jalan cerita dalam novel ini benar-benar membuai perasaan kita. Jazlan yang amat mengasihi Fidelya seorang keturunan Portugis telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Namun kasih sayang mereka teruji apabila Fidelya menghidapi penyakit kronik. Pemergian Fidelya begitu terasa dan Jazlan terpaksa membawa diri ke luar negara. Beberapa tahun kemudian dia kembali. Dalam masa yang sama suatu mimpi misteri sering menggamit lenanya. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dalam pencarian maksud mimpi itu, dia mengenali Jasmina dan Nathalia. Kedua-dua gadis itu begitu istimewa di hatinya.
Download or read book written by and published by . This book was released on 1998 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: