EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan

Download or read book Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan written by Sohaimi Abdul Aziz and published by Flipside Digital Content Company Inc.. This book was released on 2014-02-19 with total page 197 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Apakah yang diperihalkan oleh teks sastera sehingga dahsyat sekali penampilannya kepada indera fikiran dan rasa pembacanya? Mereka yang kenal sastera dapat merasa kehebatan itu melalui jendela kehidupan manusia yang terpancar daripada dunia sastera yang dinamik itu. Sastera bukan hanya seni bahasa tetapi sumber peradaban sejak dahulu lagi. Ia tampil dengan tunjuk ajar yang halus dan menyindir serta mengkritik secara berhemah tetapi berkesan. Sastera membuka minda pembaca untuk merenung dan berfikir serta merasa kehidupan yang lebih luas yang terdapat dalam pelbagai dimensi kehidupan. Sastera mengajak pembaca melestarikan alam sekitar untuk menjadi warga yang tahu menilai sesuatu yang berharga yang kini semakin menghilang. Sastera menunjukkan bahawa sains dan teknologi tidak cukup membahagiakan manusia. Manusia perlu kemanusiaan untuk hidup lebih bahagia dan berperanan positif dan resipi kebahagiaan ini ada dalam teks sastera daripada pengarang berbisa seperti Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Usman Awang, Abdullah Hussein dan Arena Wati. Sastera dan filem mempunyai unsur kimia yang sama sehingga filem Slumdog Millionaire diangkat daripada novel Q&A, dan filem Hikayat Merong Mahawangsa pula diilhamkan daripada sastera Melayu lama. Kehidupan manusia sekarang berpaksi kepada sains dan teknologi tetapi tanpa kemanusiaan, sains dan teknologi menjadi barah yang membunuh secara perlahan-lahan. Justeru, sains dan teknologi perlu bertemankan kemanusiaan yang kendal dan sastera dapat membuktikan hal ini dengan munculnya cereka sains dan sastera digital yang menunjukkan kisah hitam dan putih dunia baharu ini. Dahsyatnya sastera dalam memerihalkan kehidupan manusia sejak dahulu hingga sekarang hanya dapat difahami dengan menekuni kandungan dalam buku ini yang disusun mengikut perkembangan zaman dan cara berfikir manusia.