EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Bukan Dia Tapi Aku

    Book Details:
  • Author : Eka Fahara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249100
  • Pages : 737 pages

Download or read book Bukan Dia Tapi Aku written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 737 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu. Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas! Hatinya pula tidak tenang bila wajah Iqbal yang jauh di perantauan sering bermain di matanya. Bayangan Nadira pula muncul dalam igauan ngerinya. Sampai bila dia harus menyembunyikan status mereka daripada Nadira dan Iqbal? Apabila keikhlasan hati dan jodoh tidak bertemu di garisan takdir, wajarkah taat dan setia dijadikan pilihan? Lisa dalam dilema.

Book Cinta Tiga Suku

    Book Details:
  • Author : Herna Diana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245822
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Tiga Suku written by Herna Diana and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Book Encik Abangku Romantik

Download or read book Encik Abangku Romantik written by Elee Mardiana and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan… Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Book Ku Mohon Kasih

    Book Details:
  • Author : Haiza Najwa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 983124379X
  • Pages : 676 pages

Download or read book Ku Mohon Kasih written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 676 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni. Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui. Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga. Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu. Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Book RAHSIA HATI CINTA

    Book Details:
  • Author : AYUMA UMAIRAH
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2019-04-10
  • ISBN : 9678608936
  • Pages : 352 pages

Download or read book RAHSIA HATI CINTA written by AYUMA UMAIRAH and published by Alaf 21. This book was released on 2019-04-10 with total page 352 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta juga membuatkan dia gundah, hati dan mindanya tidak sekata, mahu diikut kata hati atau minda, dia bingung kerana rahsia Cinta terlalu rapi disimpannya. Cinta memberi Ishraf rasa yang berbeza, jika dulu harinya hanya ditemani alam sepi, dia seperti hidup sendiri walau keluarga ada di sekeliling, kini dia sentiasa senyum sendiri, Cinta sentiasa ada di sisi. Tapi kerana Cinta juga dia dibohongi, terasa diri dipermainkan selama ini, kini Cinta seakan sudah mati, tiada lagi di hatinya. Khalil menerima Cinta dengan perasaan hiba dalam gembira, tidak tahu tentang kewujudan Cinta selama ini, hadirnya seperti cahaya yag menerangi hidup, kini dia miliki Cinta. Tiada apa lagi dia perlukan, hidup dan matinya hanya untuk Cinta. Cinta membuatkan dia marah, perasaan benci tidak dapat ditahan lagi, Cinta datang tidak diundang, Cinta tidak diperlukan dalam hidupnya. Sally mula mengatur langkah, Cinta perlu dihapuskan.

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Be My Partner

    Book Details:
  • Author : Fadhilah Drahman
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462090
  • Pages : 373 pages

Download or read book Be My Partner written by Fadhilah Drahman and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 373 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?

Book Fantasia Romantika

    Book Details:
  • Author : Rio Hermawan
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN :
  • Pages : 317 pages

Download or read book Fantasia Romantika written by Rio Hermawan and published by Alaf 21. This book was released on with total page 317 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKU bercita-cita ingin menjadi se­orang ahli perniagaan yang berjaya. Me­mang itulah impianku sejak kecil lagi. Aku membayangkan suatu hari nanti, aku akan mempunyai rangkaian perniagaan dalam pelbagai jenis sektor. Aku membayangkan, kalaulah aku mempunyai perniagaan membaik pulih kereta yang melibatkan kesemuanya, seperti kedai tayar, aksesori dan mekanikal. Alangkah seronoknya!

Book Derita Cinta

    Book Details:
  • Author : AISYA SOFEA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606984
  • Pages : 515 pages

Download or read book Derita Cinta written by AISYA SOFEA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 515 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan? Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama. “Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya “Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim

Book Cintaku Bukan Murah

Download or read book Cintaku Bukan Murah written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 678 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah... Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati. Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!

Book Misi Rebut Hati

Download or read book Misi Rebut Hati written by Nuriz Aida and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 538 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja. Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan. Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Selagi ada dia

    Book Details:
  • Author : Aisya Sofea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 983124365X
  • Pages : 505 pages

Download or read book Selagi ada dia written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 505 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Book 3 Kata Hati

    Book Details:
  • Author : Norzailina Nordin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247809
  • Pages : 576 pages

Download or read book 3 Kata Hati written by Norzailina Nordin and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rindu - Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat. Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya. Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya? Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Book DEKATNYA CINTA

    Book Details:
  • Author : Aisya Sofea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248910
  • Pages : 656 pages

Download or read book DEKATNYA CINTA written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 656 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

Book Pollyanna Grows Up

    Book Details:
  • Author : Elleanor. H. Porter
  • Publisher : Orange Books
  • Release : 2010-03-16
  • ISBN : 602843695X
  • Pages : 271 pages

Download or read book Pollyanna Grows Up written by Elleanor. H. Porter and published by Orange Books. This book was released on 2010-03-16 with total page 271 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Oh, Ruth, aku ingin memberimu satu dosis Pollyanna!” “Aku tidak menginginkannya, Della, aku bukan pasienmu yang perlu diberi obat….” “Pollyanna bukan obat, Sayangku, meskipun beberapa orang bilang dia sejenis penambah tenaga. Banyak orang mempraktikkan permainan sukacita yang dilakukannya.” “Permainan sukacita? Sungguh tak lazim!” *** Pollyanna beranjak dewasa, tapi perangainya tak berubah. Ia masih berusaha mempraktikkan permainan sukacita setiap saat. Ia menghadirkan keceriaan di rumah sahabat barunya, Mrs. Ruth Carew, yang dirundung duka akibat kehilangan keponakannya. Namun, masih dapatkah Pollyanna melihat sisi menggembirakan dalam hidup ketika pamannya yang baik hati, Dr. Chilton, meninggal dunia dan perekonomian keluarganya merosot? Mampukah ia menopang dan menghibur Bibi Polly, yang kembali menjadi pemuram dan menarik diri dalam kesedihan? Keberadaan Jimmy Bean, Jamie, dan Sadie di sekitar Pollyanna juga menghadirkan beragam warna dalam hidup gadis itu. Lika-liku persahabatan, keluarga, dan romantika cinta. [Lingkar Pena, Orange Books, Novel, Percintaan, Indonesia]

Book Salju Cinta Anna

Download or read book Salju Cinta Anna written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 698 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta itu suatu rasa yang aneh, unik, sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Datangnya tidak dijemput dan perginya tidak diusir. Uniknya cinta, manusia berasa bahagia ketika menderita. Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN. Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia tidak akan pernah kesal mencintai Hud. “Saya bukan siapa-siapa untuk menyayangi awak. Kalaupun saya, sayang tu takkan kekal. Bila-bila masa saja saya akan pergi dan sayang tu akan hilang. Tapi ada yang akan kekal mengasihi awak sampai bila-bila. DIA TUHAN Yang Esa...” – HUD AIDIT