EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Bila kita percaya cinta

    Book Details:
  • Author : Meylani
  • Publisher : Yayasan Obor Indonesia
  • Release : 2005
  • ISBN : 9789794614747
  • Pages : 392 pages

Download or read book Bila kita percaya cinta written by Meylani and published by Yayasan Obor Indonesia. This book was released on 2005 with total page 392 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Percaya Ada Cinta

Download or read book Percaya Ada Cinta written by Ryana Adrina and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 480 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Derita Cinta

    Book Details:
  • Author : AISYA SOFEA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606984
  • Pages : 515 pages

Download or read book Derita Cinta written by AISYA SOFEA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 515 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan? Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama. “Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya “Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim

Book Ternyata cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243641
  • Pages : 536 pages

Download or read book Ternyata cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 536 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya! ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya. IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis. Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

Book Memang Itu Cinta

    Book Details:
  • Author : Elin Nadia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247493
  • Pages : 560 pages

Download or read book Memang Itu Cinta written by Elin Nadia and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya. Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!

Book Untuk Sekali Lagi

    Book Details:
  • Author : Azilah Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247345
  • Pages : 528 pages

Download or read book Untuk Sekali Lagi written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

Book Nota Cinta Buatmu

Download or read book Nota Cinta Buatmu written by Norhayati Berahim and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 579 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan. Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi. Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati! Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali. Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!

Book Bila Cinta Membara

Download or read book Bila Cinta Membara written by Mazia Harris and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 668 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh, akhirnya meletus. Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi panjangnya. sandiwara cinta ini mesti dinokhtahkan! Segala kenangan ini mesti dikuburkan. Cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alam realiti.

Book Syair Cinta

    Book Details:
  • Author : Intan Arnida
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244249
  • Pages : 502 pages

Download or read book Syair Cinta written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Salinan mikrofilem(positif) manuskrip WSch. V47(7) di SPK.

Book Puteri Cinta

    Book Details:
  • Author : Kreisya Reisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244788
  • Pages : 448 pages

Download or read book Puteri Cinta written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Book CINTA KEPALA BATU

Download or read book CINTA KEPALA BATU written by Ayu Emelda and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara. Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya. Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda. Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...

Book Cinta Segi Lima

    Book Details:
  • Author : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245334
  • Pages : 542 pages

Download or read book Cinta Segi Lima written by DR. HM Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 542 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami. Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi. Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.

Book Cinta Hati Kita

    Book Details:
  • Author : H.M. Tuah Iskandar al-Haj
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244346
  • Pages : 502 pages

Download or read book Cinta Hati Kita written by H.M. Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Book AKU ALERGIK CINTA

    Book Details:
  • Author : Ilyana Hani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606275
  • Pages : 426 pages

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Book Cinta Boarding Pass

    Book Details:
  • Author : BATIAH HADI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2017
  • ISBN : 9678607824
  • Pages : 279 pages

Download or read book Cinta Boarding Pass written by BATIAH HADI and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 279 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

Book Aku Milikmu

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN :
  • Pages : 483 pages

Download or read book Aku Milikmu written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on with total page 483 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Wairah mendengus kuat. Novel yang baru dibelinya dilemparkan di atas meja. Malangnya, lemparan Wairah tersasar. Novel itu tersadai di lantai marmar. Betul-betul terlangkup di bawah kaki meja. Dia benar-benar sudah tidak peduli walaupun novel yang baru dibelinya itu amat disayangi. Selama ini Wairah memang seorang yang gemar menyimpan novel. Tidak kira­lah, novel lama atau novel baru. Semuanya dia sayang. Mengumpul novel merupakan hobinya sejak dari dahulu lagi. Sejak umur Wairah mencecah belasan tahun hingga kini melewati angka 25 tahun. Tapi, hari ini dia betul-betul bengang. Hilang rasa sayang pada barang kesayangannya itu. Dia betul-betul tidak kisah. Apa yang dia tahu, ketika ini dia mahu me­lepaskan rasa marah yang berbuku di hati. Rasa ge­ramnya harus dihapuskan secepat mungkin. Diluahkan supaya dia dapat bertenang seperti hari-hari semalam. Pada siapa dia harus meluahkan rasa marah ini? Faridah? Adnan? Tidak mungkin!