EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Bayangan Gurauan

    Book Details:
  • Author : SAYHAZS ZAILIE
  • Publisher : Buku Prima
  • Release :
  • ISBN : 9678607670
  • Pages : 505 pages

Download or read book Bayangan Gurauan written by SAYHAZS ZAILIE and published by Buku Prima. This book was released on with total page 505 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: IRISH QIARA,zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula. TENGKU HARRYS DAMIEN,hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian. Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarga menguruskan syarikat tersebut setelah puas menimba pengalaman di perantauan. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu. Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi. Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi? “Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri...” –IRISH “Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik!” –TENGKU HARRYS

Book Anugerah Cinta

    Book Details:
  • Author : Nurmi Syakimi
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245105
  • Pages : 512 pages

Download or read book Anugerah Cinta written by Nurmi Syakimi and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.

Book Bayangan rindu

Download or read book Bayangan rindu written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 578 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini. Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Book Musafir Perindu

    Book Details:
  • Author : Annur Iman
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247299
  • Pages : 574 pages

Download or read book Musafir Perindu written by Annur Iman and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 574 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Danau Tarbiyah Nilam Puri menemukan Annur dengan Iman dan Amar. Iman, pesona hatinya bagaikan laut yang tenang di tengah malam. Amar pula sering mencipta amarah dan perbalahan dengan Annur. Padahal tanpa sedar nama Annur telah pun terukir di relung hatinya. Annur terkesan dengan keperibadian Iman. Keluhuran jiwa itu membuatkan dia merasa tidak layak lalu dia memendam perasaan sendiri. Namun, doa dan harapannya akhirnya menjadi nyata. Sebuah hubungan yang diikatkan dengan baitul muslim kerana cinta ALLAH dan perjuangan Islam. Malangnya, kebahagiaan Annur hanya sementara. Takdir ALLAH tak siapa dapat menghalang. Iman koma dan mewasiatkan agar Annur mengahwini Amar. Annur bertegas tetap mahu setia dengan Iman.

Book Badai Di Hati

    Book Details:
  • Author : Fazie Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831241835
  • Pages : 494 pages

Download or read book Badai Di Hati written by Fazie Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 494 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.

Book Asam Pedas Untuk Dia

    Book Details:
  • Author : Nureen Mirza
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831248279
  • Pages : 528 pages

Download or read book Asam Pedas Untuk Dia written by Nureen Mirza and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Book Angkara Saka

    Book Details:
  • Author : Zaifuzaman Ahmad
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2003
  • ISBN : 9831241274
  • Pages : 424 pages

Download or read book Angkara Saka written by Zaifuzaman Ahmad and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 424 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “LEPASKAN aku! Lepaskan aku! Bi­natang kau!” Kedengaran suara men­jerit-jerit dari rumah Pak Dollah yang terletak tidak jauh dari rumah Hisham. Ketika itu, Hisham sedang menyemak buku-buku rampaian anak-anak muridnya. Pen merah yang dipegang oleh Hisham hampir-hampir tercampak. Perlahan-lahan dia me­raup wajahnya dengan tangan. Beristighfar panjang. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke jendela yang terbuka luas. Angin sejuk mula terasa. Pen merah di­letak­kan kembali di atas meja. Lantas tangan kirinya men­capai cawan yang berisi air kopi lalu diteguknya.

Book Gelora Jiwa

    Book Details:
  • Author : Aisya Sofea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831241827
  • Pages : 406 pages

Download or read book Gelora Jiwa written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 406 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Book Projek Seram   Muzium

    Book Details:
  • Author : A. Darwisy
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2022-07-06
  • ISBN : 9674980040
  • Pages : 349 pages

Download or read book Projek Seram Muzium written by A. Darwisy and published by Buku Prima. This book was released on 2022-07-06 with total page 349 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan tersebut. “Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” PASUNGAN – FAIZUL RAHIM Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke salah sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah tersebut telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belahan tahun lambat sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Haslina untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi. “Cinta terpasung, cinta berdarah.

Book Syair Cinta

    Book Details:
  • Author : Intan Arnida
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244249
  • Pages : 502 pages

Download or read book Syair Cinta written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Salinan mikrofilem(positif) manuskrip WSch. V47(7) di SPK.

Book Ilusi Hati

    Book Details:
  • Author : Haiza Najwa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245229
  • Pages : 550 pages

Download or read book Ilusi Hati written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 550 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Book Kasih Dania

    Book Details:
  • Author : Ayu Emelda
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 983124298X
  • Pages : 488 pages

Download or read book Kasih Dania written by Ayu Emelda and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 488 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga. Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. N Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta. Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Book Cinta Aku Seadanya

Download or read book Cinta Aku Seadanya written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

Book Gigitan

    Book Details:
  • Author : Zaifuzaman Ahmad
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2017
  • ISBN : 967446316X
  • Pages : 292 pages

Download or read book Gigitan written by Zaifuzaman Ahmad and published by Buku Prima. This book was released on 2017 with total page 292 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini. Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya. Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk. Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.

Book OPERASI BULAN MADU

Download or read book OPERASI BULAN MADU written by AINI MARISHA and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 519 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Amira terkedu saat melihat wajah lelaki yang meninggalkan parut hitam di dalam hidupnya. Bertahun dia cuba melupakan kisah hitam yang berlaku antara mereka. Tapi, lelaki itu muncul kembali. Faizal menjejaki Amira demi kemaafan. Dia cuba membetulkan kesilapan lalu. Tapi, realitinya bukan senang untuk mengubat luka di hati. Kata maaf yang dipinta, hanya dipandang sepi. Kata-kata itu hanya di mulut Amira. Di dalam hati dia berperang dengan perasaan. Ada getar di hati tatkala mengingati lelaki itu. Operasi di Pulau Langkawi telah menjadi titik perubahan di dalam hubungan dingin itu. Mengharungi saat-saat getir bersama di pulau itu, menyingkap rahsia hati yang terpendam.

Book KAU MARAH AKU SUKA

    Book Details:
  • Author : FATIN NABILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248716
  • Pages : 738 pages

Download or read book KAU MARAH AKU SUKA written by FATIN NABILA and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 738 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus. Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut. Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat. "Abang ni kiranya macam TNB, ya?" "TNB di hati Dian Qarmila."

Book Langit Cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678605767
  • Pages : 414 pages

Download or read book Langit Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 414 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.