EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Tak Cinta Tak Apa

Download or read book Tak Cinta Tak Apa written by Zuri Yanie and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 615 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

Book Saat Kau Hadir

    Book Details:
  • Author : Laila Kamilia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831244028
  • Pages : 486 pages

Download or read book Saat Kau Hadir written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 486 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Book Langit Cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678605767
  • Pages : 414 pages

Download or read book Langit Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 414 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.

Book Bukan Salah Cinta

Download or read book Bukan Salah Cinta written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 858 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Megdelina, gadis manis yang jadi perhatian. Memang ramai lelaki yang cuba mengusiknya tapi dia tidak peduli. Cuma usikan Yusoffe dia rasa lain macam. Ini bukan kes mengusik tetapi kes menyakitkan hati. Jenis mulut longkang! Megdelina tidak akan jatuh hati pada orang begini. Dia hanya mengharapkan lelaki yang berbudi dan berhemah tinggi. Namun Yusoffe ingin melamarnya. Permintaan itu terlalu berat! MenerimaYusoffe bererti dia mengecewakan Emmareeza, adiknya yang menaruh kasih pada lelaki itu. Sama ada dia pasrah atau tidak, pasti ada hati yang akan terluka. Pada masa yang sama, Chef Syafil turut menaruh perasaan terhadapnya. Namun, dia menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan jiran yang paling baik.

Book Cinta Boarding Pass

    Book Details:
  • Author : BATIAH HADI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2017
  • ISBN : 9678607824
  • Pages : 279 pages

Download or read book Cinta Boarding Pass written by BATIAH HADI and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 279 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

Book Cinta Hati Kita

    Book Details:
  • Author : H.M. Tuah Iskandar al-Haj
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244346
  • Pages : 502 pages

Download or read book Cinta Hati Kita written by H.M. Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Book Cinta Aku Seadanya

Download or read book Cinta Aku Seadanya written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

Book Cinta Untuk Disewa

Download or read book Cinta Untuk Disewa written by Lynn Dayana and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 719 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal. Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah! Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta. Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book AKU ALERGIK CINTA

    Book Details:
  • Author : Ilyana Hani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606275
  • Pages : 426 pages

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Book Cinta Pencuri Mimpi

    Book Details:
  • Author : Lynn Dayana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249054
  • Pages : 588 pages

Download or read book Cinta Pencuri Mimpi written by Lynn Dayana and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut. "Zahier, awak kaki buli yang baik hati." "Airis... awak gadis yang terlalu naif."

Book Ternyata cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243641
  • Pages : 536 pages

Download or read book Ternyata cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 536 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya! ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya. IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis. Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

Book Cinta Yang Ku Rasa

    Book Details:
  • Author : Anis Ayuni
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246772
  • Pages : 648 pages

Download or read book Cinta Yang Ku Rasa written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 648 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya. Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Cinta Bunga Tulip

Download or read book Cinta Bunga Tulip written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 702 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Book Cinta Tiga Suku

    Book Details:
  • Author : Herna Diana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245822
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Tiga Suku written by Herna Diana and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Book Nota Cinta Origami

Download or read book Nota Cinta Origami written by RUBY HAZRI and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 375 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Saera nekad menjadi jururawat peribadi kepada Aunty Rosnah; ibu Faris yang sedang koma. Sebenarnya tidaklah sesukar mana pun menjadi jururawat peribadi di rumah agam itu. Namun, sikap Faris yang penuh syak wasangka dan sering mendesaknya membuatkan hidup dia haru-biru. Kedatangan Mia Sara, anak kecil Faris dan kepulangan Zafran ke tanah air, mula mengubah tanggapan Faris terhadap Saera. Namun, sifat cengilnya tetap menyukarkan Saera. Berlandaskan alasan khuatir Zafran dikecewakan lagi, Faris mula tidak menyenangi hubungan baik antara Saera dan Zafran. “Saya cuma minta awak jangan main-mainkan perasaan Zafran. Awak tahu kan dia pernah dikecewakan dulu,” ingati Faris kepada Saera.