EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Serpihan Hati

Download or read book Serpihan Hati written by Alnira and published by Alnira. This book was released on 2020-06-29 with total page 330 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Setelah hubungannya berakhir dengan Nadhira karena perbedaan keyakinan, Willy tidak berani lagi untuk merasakan jatuh cinta. Namun tidak ada yang bisa menampik kedatangan cinta bukan? Di saat dia berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak jatuh cinta, dia malah terjebak kembali ke dalam perasaan itu lagi. Namun lagi-lagi Willy harus merasakan kehilangan cintanya, tetapi kali ini puluhan kali lipat lebih menyakitkan. Alexandria, perempuan ceria yang membuat Willy percaya untuk membangun rumah tangga dan memberikannya malaikat kecil bernama Olivia, harus meninggalkannya selama-lamanya. Willy kembali terpuruk, meski sudah dua tahun kepergian istri tercintanya, Willy masih belum mau mencari pengganti Lexa. Hal ini membuat sahabatnya resah dan berusaha menjodohkan Willy dengan perempuan bernama Abriana. Sifat Abriana yang cuek tetapi keibuan dan dekat dengan Olivia membuat Willy perlahan bisa mulai mencintai perempuan itu, begitu pula dengan Abriana yang membuka hatinya untuk Willy, namun di saat Abriana menginginkan hubungan yang lebih serius, Willy tidak bisa menjanjikan apapun. Willy masih terikat dengan masa lalunya.

Book Cutenya Dia

    Book Details:
  • Author : Azleya Shadzalin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249801
  • Pages : 540 pages

Download or read book Cutenya Dia written by Azleya Shadzalin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 540 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta pandang pertama – “Hmm... aku tak percaya pada ungkapan ini sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura... kenapa hati aku rasa lain? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima ajelah.” – Ammar Bakhtiar Tak kenal maka tak cinta – “ Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ni tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!” – Naura Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita...

Book Bulan Berbisik

    Book Details:
  • Author : Samsiah Mohd. Nor
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243161
  • Pages : 618 pages

Download or read book Bulan Berbisik written by Samsiah Mohd. Nor and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 618 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru.. Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa. Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.

Book Alaf 21 mempersembahkan Seribu kali sayang

Download or read book Alaf 21 mempersembahkan Seribu kali sayang written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 530 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah. Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri. Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa. Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak. Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Book Cinta Untuk Disewa

Download or read book Cinta Untuk Disewa written by Lynn Dayana and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 719 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal. Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah! Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta. Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Book Sengal Punya Mamat

    Book Details:
  • Author : Ummu Wafa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606992
  • Pages : 437 pages

Download or read book Sengal Punya Mamat written by Ummu Wafa and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 437 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Obes, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang memanggil beliau Siti dan ada juga yang memanggilnya Ajira. Berjaya di desa dan juga cemerlang di kota. Namun, ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Farhan seorang yang kaya, handsome, bergaya dan merupakan usahawan aksesori dan servis kenderaan mewah di suburbKL metropolis. Namun, kedua-duanya anti cinta. Siti Ajira benci pada lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan pula fobia perempuan kerana apa telah yang diperlakukan oleh tunang terhadapnya meremuk-rendamkan hatinya. Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Book Biru Ungu Cintaku

Download or read book Biru Ungu Cintaku written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Book Sungguh Aku Cinta

Download or read book Sungguh Aku Cinta written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 500 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Book Satu Satunya Cinta

Download or read book Satu Satunya Cinta written by Hafimi Huzin and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta? Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Book Jawapan Yang Pasti

Download or read book Jawapan Yang Pasti written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi

Book Gadis bermata hazel

    Book Details:
  • Author : Lily Irdina
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2018-12-01
  • ISBN : 9678608944
  • Pages : 291 pages

Download or read book Gadis bermata hazel written by Lily Irdina and published by Alaf 21. This book was released on 2018-12-01 with total page 291 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Selena – Model cantik kacukan darah orang London. Wajahnya bak pelakon terkenal Cara Delevigne. Tidak hairanlah dia boleh berdamping dengan Jared yang punya rupa. Merah jambu warna pilihannya. Mulutnya agak becok. Hobinya suka cuci mata tengok mat saleh. Kacak-kacak katanya. Amanda – Bakal memegang title doktor. Lebih suka memerhati daripada berkata-kata. Bila diusik, malas dia nak ambil kisah. Hitam warna kegemarannya. Menghias bilik warna hitam menjadi hobinya. Kata Oppa Rain, ‘Hitam itu kemas’. Suka benar dia melayan cerita Korea dan Jepun. Comel-comel katanya. Tragedi di kota London telah membawa diri Selena dan mamanya Amira pulang ke bumi Malaysia. Di sini, Selena dan Amanda bertemu tanpa sengaja. Mereka kembar yang terpisah 20 tahun lamanya! Tiba-tiba muncul idea gila-gila buat Selena. Selena mahu jadi Amanda. Amanda pula membawa watak Selena. Haru jadinya semata-mata mahu menyatukan semula sebuah keluarga. “Kita jadi manusia sebab apa yang kita belajar daripada kehidupan. We are who we are now because of who we were in the past.” – Syafiq, papa Amanda. “Sikap papa selama ni yang membuatkan mama susah nak percaya papa.” – Amira, mama Selena.

Book Malaysian Newspaper Index

Download or read book Malaysian Newspaper Index written by and published by . This book was released on 1985 with total page 100 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Indexes English language newspapers published in Malaysia.

Book Ilham Hati

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244427
  • Pages : 494 pages

Download or read book Ilham Hati written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 494 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu. Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Book Projek Seram Highway

Download or read book Projek Seram Highway written by Saidee Nor Azam, Sufi Abqari, Akma Saidon, Ninie Othman and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 415 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Aku takut… aku masih belum mahu mati!” / JALAN TERAKHIR Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya? Yang mati yang semestinya pergi. / GANGGUAN Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

Book Saat Kau Hadir

    Book Details:
  • Author : Laila Kamilia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831244028
  • Pages : 486 pages

Download or read book Saat Kau Hadir written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 486 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Book Aku Pilih Dia

    Book Details:
  • Author : Hezzy Azra
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247426
  • Pages : 560 pages

Download or read book Aku Pilih Dia written by Hezzy Azra and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Book Cinta Pencuri Mimpi

    Book Details:
  • Author : Lynn Dayana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249054
  • Pages : 588 pages

Download or read book Cinta Pencuri Mimpi written by Lynn Dayana and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut. "Zahier, awak kaki buli yang baik hati." "Airis... awak gadis yang terlalu naif."