Download or read book Sentuhan Cinta written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 647 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu. Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya. Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
Download or read book Cinta Pandang Ke 2 written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: "Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya. Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah. Setelah bertahun lamanya masa berlalu.... Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat. Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga. Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
Download or read book Cinta Bunga Tulip written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 702 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.
Download or read book Ratu written by Richie Rachman and published by Alaf 21. This book was released on with total page 288 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PAGI itu Baizura terjaga dari tidur dan berasa hidupnya kosong. Dia seperti kehilangan sesuatu. Hidupnya tidak ubah macam boneka. Bila diperlukan dibelai dan disayangi tapi bila sudah tidak diperlukan ditinggalkan begitu sahaja. Sepatutnya dia gembira kerana berpeluang melancong ke Hong Kong secara percuma. Hanya di hari pertama sahaja dia berasa gembira tapi tidak di hari ketiga ini. Fikirannya melayang jauh. Cahaya mentari pagi masuk melalui tingkap yang terbuka luas di depannya. Dari katilnya dia boleh melihat pemandangan sebahagian dari Pelabuhan Hong Kong yang sentiasa sibuk itu. Pantulan cahaya di permukaan laut itu membalikkan kilauan warna-warna kristal dan menyilaukan mata. Beberapa buah tongkang kecil bergerak perlahan-lahan dan memecah kilau permukaan laut yang kelihatan berkaca itu.
Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
Download or read book Percaya Ada Cinta written by Ryana Adrina and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 480 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.
Download or read book Aku Cinta Dia written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 527 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Download or read book Cinta MOU written by Nurassyi Rashid and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.
Download or read book Derita Cinta written by AISYA SOFEA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 515 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan? Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama. “Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya “Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim
Download or read book Ku Usir Lara Ini written by Aminah Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 343 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur. Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi. Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan. KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?
Download or read book Inikah Cinta written by DR. HM Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 486 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia. Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.
Download or read book Harlequin Koleksi Istimewa Cinta Musim Dingin A Christmas Proposition written by Jessica Lemmon and published by Gramedia Pustaka Utama. This book was released on 2020-01-13 with total page 260 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sang ratu sosialita, Stefanie Ferguson tidak melihat jalan lain selain menikah untuk menyelamatkan karier politik saudara laki-lakinya. Untunglah, sahabat baik saudara laki-lakinya, Emmett Keaton, bersedia membantu. Hanya saja, sampai detik ini, Stefanie sebenarnya tidak pernah mempertimbangkan Emmett sebagai calon kekasih apalagi calon suami! Namun, entah bagaimana sumpah pernikahan yang diucapkan di tengah musim dingin membuat hasrat bergejolak di antara mereka. Apakah pernikahan sementara untuk meredakan skandal ini akan berlanjut menjadi pernikahan sungguhan?
Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.
Download or read book Cinta Atas Kertas written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 1037 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya. Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya. Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai! Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir. Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci! “Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.” “Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”
Download or read book Aduhai Cinta written by Samsiah Mohd Noor and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 578 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji. Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.
Download or read book Yang Sebenarnya written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti. Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!
Download or read book Misi Rebut Hati written by Nuriz Aida and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 538 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja. Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan. Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.