EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Sayang Tak Terucap

Download or read book Sayang Tak Terucap written by Norhayati Berahim and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 726 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta. Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya. Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Book Bukan Kerana Sayang

    Book Details:
  • Author : Amiza Anaz
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246861
  • Pages : 528 pages

Download or read book Bukan Kerana Sayang written by Amiza Anaz and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan? Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti. Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.

Book Sayang Sepenuh Hati

Download or read book Sayang Sepenuh Hati written by Eka Fahana and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang. Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Book Semerah Inai Di Jari

    Book Details:
  • Author : Mila Yusof
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247183
  • Pages : 600 pages

Download or read book Semerah Inai Di Jari written by Mila Yusof and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 600 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk. Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

Book Demi Kasih Ini

    Book Details:
  • Author : Hasreeyati Ramli
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242114
  • Pages : 352 pages

Download or read book Demi Kasih Ini written by Hasreeyati Ramli and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 352 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya.Benarkah? Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan. Andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada apa yang bisa menjadi galang ganti. Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora. Tembelang pecah, retak menanti belah. Konfik demi konflik mencabar keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.

Book Sayang 3 Dalam 1

    Book Details:
  • Author : Weeda Airiza
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247507
  • Pages : 528 pages

Download or read book Sayang 3 Dalam 1 written by Weeda Airiza and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya. Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung! Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

Book Sayang Awak  Sayang

Download or read book Sayang Awak Sayang written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 704 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Book Doa Buat Suamiku

Download or read book Doa Buat Suamiku written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HAZWANI, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia. Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya. Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?

Book Sebutlah Namaku

Download or read book Sebutlah Namaku written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 469 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya. Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul. Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.

Book Sorry  Aku Bukan Dia

Download or read book Sorry Aku Bukan Dia written by Iza Safiya and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 698 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berbicara tentang cinta, Hazry memang pandai berteka-teki. Tampak tenang di wajah tetapi sukar melafazkannya di dalam hati. Dia memang lelaki penyabar. Biarpun Hani Mariya dibelenggu kecelaruan perasaan dek ilusi cinta lalunya bersama Hans Muneef, namun Hazry rela menerima Hani sebagai isteri. Tapi rupanya, jurang yang tercipta lebih dalam daripada yang dijangka. Kekecewaan itu semakin menjeruk rasa. Cemburu buta mula membakar ego seorang suami. Dan bukan mudah untuk Hazry kekal menjadi pencinta setia. Terlalu banyak pengorbanan yang harus Hazry lakukan untuk membuktikan cintanya. Bayangan Hans Muneef harus dibakar dari terus mengekori denai cintanya bersama Hani.

Book Warna Hati

    Book Details:
  • Author : Meen Zulaikha
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243692
  • Pages : 496 pages

Download or read book Warna Hati written by Meen Zulaikha and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SUATU ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa. Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri. Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki.

Book Bulan Madu Di Venice

Download or read book Bulan Madu Di Venice written by NUREEN MIRZA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 551 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKU Ainin Sofiya. Aku bahagia meniti kehidupanku bersama suami tercinta, Ahmad Ziyad. Kehidupanku diserikan dengan kehadiran puteri dan putera yang amat aku sayangi. Kebahagiaan yang kukecapi ini tidak terungkap dengan kata-kata. Apabila Ziyad menyatakan hasrat mahu membawaku berbulan madu, hatiku berbelah bahagi. Berat hatiku ingin meninggalkan putera dan puteriku untuk jangka masa yang lama. “Sayang, abang memang dah berniat nak bawa sayang pergi honeymoon. Lepas kita kahwin, kita hanya sempat pergi Sabah aje. Tu pun sekejap dan secara sembunyi-sembunyi. Abang rasa bersalah pada sayang kerana tak mampu gembirakan hati sayang.”

Book Mulut Kata Benci

    Book Details:
  • Author : FATIN NABILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606623
  • Pages : 517 pages

Download or read book Mulut Kata Benci written by FATIN NABILA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 517 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.” Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir. Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata. Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.

Book Suara Hati

    Book Details:
  • Author : Anis Ayuni
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2002
  • ISBN : 9831241002
  • Pages : 372 pages

Download or read book Suara Hati written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2002 with total page 372 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri. Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya. Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

Book Puncak Kasih Kita

Download or read book Puncak Kasih Kita written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana. Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya. Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!

Book Tak Secantik Husna

Download or read book Tak Secantik Husna written by Ainul Hazrah and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 595 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok. Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya. Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang.

Book Ruang Rindu

    Book Details:
  • Author : Rozita Abd Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245148
  • Pages : 520 pages

Download or read book Ruang Rindu written by Rozita Abd Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 520 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?