EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book AKU ALERGIK CINTA

    Book Details:
  • Author : Ilyana Hani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606275
  • Pages : 426 pages

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Book Cinta Seorang Kekasih

Download or read book Cinta Seorang Kekasih written by Elee Mardiana and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?

Book Merdu Lirik Kasih

Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Book Cinta Kuasa Tinggi

Download or read book Cinta Kuasa Tinggi written by Azleya Shadzalin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 709 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Que bekerja sebagai penghantar surat. Dia sangat komited dengan kerjanya walaupun dia berpelajaran tinggi. El, bosnya sangat tegas dan suka memaksa. Que sangat bengang. Rupa-rupanya dalam diam, El suka pada Que. Dia suka tengok Que marah dan berbalas kata dengannya. Cuma satu sikap Que yang paling El tidak suka. Que kaki motor dan ada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Akhirnya, mereka berkahwin juga. Akibat dua-dua keras kepala dan ego, mereka berpisah tanpa lafaz. Lima tahun Que hidup di Jepun. Selama itu, dia membesarkan anaknya sendiri. Selama itu juga El mencari. Akhirnya, selepas penat bermain dengan takdir, pertemuan terjadi semula. Kekusutan terlerai dan mereka gembira akhirnya.

Book Aku Turut Bahagia

Download or read book Aku Turut Bahagia written by Asmah Hashim and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 588 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: "Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.” Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.

Book Tertulis Buat Kita

Download or read book Tertulis Buat Kita written by Dhiya Zafira and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”

Book Projek Seram   WAD

    Book Details:
  • Author : Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin, Ebriza Aminnudin
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2016
  • ISBN : 9674462376
  • Pages : 442 pages

Download or read book Projek Seram WAD written by Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin, Ebriza Aminnudin and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 442 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu?

Book Kasih Benar Kasih

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246683
  • Pages : 509 pages

Download or read book Kasih Benar Kasih written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 509 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, "Dia kosong, aku pun kosong" Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju. Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Book 1515

    Book Details:
  • Author : Faisal Tehrani
  • Publisher : Gerakbudaya Enterprise
  • Release : 2022-12-06
  • ISBN : 9670076005
  • Pages : 186 pages

Download or read book 1515 written by Faisal Tehrani and published by Gerakbudaya Enterprise. This book was released on 2022-12-06 with total page 186 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: OLEHKAH ANDA MENUKAR SEJARAH? "Hanya kanda sebagai sejarawan dapat membantu hamba untuk membetulkan semula jurusan sejarah yang memang salah ini." Melalui utusan surat dari masa lalu , Nyemah Mulya, pahlawan perempuan 15 tahun, meminta pertolongan seorang sejarawan untuk memastikan kerajaan Melaka tidak jatuh ke tangan Portugis. Sekiranya tidak, sejarawan tersebut akan terpupus dari susur masa. Tetapi bagaimana untuk mengubah sejarah sekiranya penulis sejarah itu sendiri kehilangan ingatan? Berjayakah juga beliau menemui jawapan kepada permasalahan cintanya sendiri? Dalam novel Faisal Tehrani yang terkenal lni, sejarawan tersebut akan terperangkap antara dunia yang sebenar dan sebuah realiti alternatif, dimana sejarah akan ditukar - dan diulangi.

Book KAU MARAH AKU SUKA

    Book Details:
  • Author : FATIN NABILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248716
  • Pages : 738 pages

Download or read book KAU MARAH AKU SUKA written by FATIN NABILA and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 738 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus. Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut. Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat. "Abang ni kiranya macam TNB, ya?" "TNB di hati Dian Qarmila."

Book Aku Mahu Kamu

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245067
  • Pages : 512 pages

Download or read book Aku Mahu Kamu written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Book Benci Ke Sayang

    Book Details:
  • Author : Nurina Feeza
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605759
  • Pages : 529 pages

Download or read book Benci Ke Sayang written by Nurina Feeza and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 529 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah! Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi. “Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!” Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.

Book MAMA  DIA SAYA PUNYA

Download or read book MAMA DIA SAYA PUNYA written by AIREEN ERINA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 429 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Izma Huda – Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya! Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin. Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?

Book Kau Kekasihku

    Book Details:
  • Author : Anis Ayuni
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2006
  • ISBN : 9831242270
  • Pages : 706 pages

Download or read book Kau Kekasihku written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 706 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya. Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Book

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher : Hup Lick Publishing (M) S/B
  • Release :
  • ISBN : 9789673481620
  • Pages : 124 pages

Download or read book written by and published by Hup Lick Publishing (M) S/B. This book was released on with total page 124 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Jihad Mardina

    Book Details:
  • Author : Fida Rohani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 983124754X
  • Pages : 596 pages

Download or read book Jihad Mardina written by Fida Rohani and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 596 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mardina… anak yang tidak dikehendaki oleh Datuk Iskandar dan Datin Marisa. Tanpa kasih sayang ibu dan ayah, gadis itu hanyut dalam godaan iblis laknatullah. Lima tahun di kota London me­nemukan dia dengan Siti Fatimah. Wanita mualaf itu telah memalu fikirannya tentang makna hidup dan dan kenikmatan mencintai ALLAH Rabbul Alamin. Dia pulang ke tanah air dengan azam untuk membawa keluarga­nya yang miskin iman tapi mewah dunia kembali ke jalan yang benar. Namun, pelbagai rintangan dan fitnah terpaksa dihadapi­nya. Walaupun kadangkala pegangannya goyah, jihadnya kepada Yang Satu tetap diteruskan. Bayangan kekuatan Siti Fatimah menjadi obor pada setiap kesedihannya.

Book Aku Bercerita

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248368
  • Pages : 755 pages

Download or read book Aku Bercerita written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 755 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu. Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya? RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...