EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Satu Janji

Download or read book Satu Janji written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2003 with total page 568 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Book Kau Yang Satu

    Book Details:
  • Author : Nia Azalea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2002
  • ISBN : 9831240774
  • Pages : 424 pages

Download or read book Kau Yang Satu written by Nia Azalea and published by Alaf 21. This book was released on 2002 with total page 424 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Book The Golden Manners Way

Download or read book The Golden Manners Way written by H. Brilly El-Rasheed, S.Pd. and published by brillyelrasheed. This book was released on 2020-08-20 with total page 122 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Diakui oleh seluruh dunia, dari zaman kapanpun, dari peradaban apapun, dari negara manapun, bahwa BEHAVECHARMLIMO (Behaviors, Habits, Attitudes, Values, Ethics, Characters, Manners, Life Styles, Morals) adalah penentu kemuliaan manusia. Tanpa BEHAVECHARMLIMO, manusia akan menjadi tak ubahnya flora dan fauna. The Golden Manners Way (The GM Way) memaparkan kepada Anda bagaimana mengoptimalisasi kemuliaan melalui BEHAVECHARMLIMO. The GM Way menunjukkan kepada Anda bahwa kesuksesan dunia-Akhirat dapat dicapai dengan BEHAVECHARMLIMO yang sudah dilegalisir oleh Allah  dan Rasul-Nya . Buku The GM Way menjelaskan prinsip-prinsip dan pilar-pilar kemuliaan akhlaq (manners) yang hakiki. Buku The GM Way menerangkan bagaimana peran golden manners dalam kehidupan dan bagaimana cara menginstall golden manners dalam otak ('aql) dan nurani (fu'ad) kita.

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Yang Sebenarnya

Download or read book Yang Sebenarnya written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti. Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Book Kasih Benar Kasih

    Book Details:
  • Author : Aleya Aneesa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246683
  • Pages : 509 pages

Download or read book Kasih Benar Kasih written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 509 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, "Dia kosong, aku pun kosong" Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju. Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Book Essential 25000 English Indonesian Law Dictionary

Download or read book Essential 25000 English Indonesian Law Dictionary written by Nam H Nguyen and published by Nam H Nguyen. This book was released on 2018-03-02 with total page 5175 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: The Essential 25000 English-Indonesian Law Dictionary is a great resource anywhere you go; it is an easy tool that has just the words you want and need! The entire dictionary is an alphabetical list of Law words with definitions. This eBook is an easy-to-understand guide to Law terms for anyone anyways at any time. The content of this eBook is only to be used for informational purposes and an invaluable legal reference for any legal system. It's always a good idea to consult a professional lawyer or attorney with legal issues. The Essential 25000 Inggris-Indonesia Law Dictionary adalah sumber daya yang bagus dimana pun Anda pergi; Ini adalah alat yang mudah yang hanya memiliki kata-kata yang Anda inginkan dan butuhkan! Seluruh kamus adalah daftar alfabet dari kata-kata Hukum dengan definisi. EBuku ini adalah panduan yang mudah dimengerti untuk persyaratan Hukum bagi siapa saja kapan saja. Isi e-book ini hanya digunakan untuk tujuan informasi dan referensi hukum yang tak ternilai untuk sistem hukum manapun. Selalu ide bagus untuk berkonsultasi dengan pengacara profesional atau pengacara dengan masalah hukum.

Book Korban

    Book Details:
  • Author : ARIFFUL BAQI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 967860664X
  • Pages : 318 pages

Download or read book Korban written by ARIFFUL BAQI and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 318 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri. Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah. Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan. Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung! Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.

Book Emilya Zulaikha

Download or read book Emilya Zulaikha written by Ariff Affandy and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Book Gugurnya Kuntum Sena

    Book Details:
  • Author : Siti Suhaidawati Sohib
  • Publisher : Pelangi ePublishing Sdn Bhd
  • Release : 2012-07-01
  • ISBN : 967035174X
  • Pages : 206 pages

Download or read book Gugurnya Kuntum Sena written by Siti Suhaidawati Sohib and published by Pelangi ePublishing Sdn Bhd. This book was released on 2012-07-01 with total page 206 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Suhada merasa dirinya terbuang, kurang mendapat kasih sayang keluarga, dan sering dicemuh dek kemiskinan, bukan sahaja oleh orang kampung dan rakan sebaya, tetapi juga oleh ibu saudara dan nenek sendiri. Disebabkan kemiskinan juga, Suhada menjalani hidup sebagai pelajar yang sederhana, tanpa tujuan dan cita-cita yang tinggi. Dengan ketabahan, dan hasil dorongan teman-teman, terutama Noor Effendi, anak muda yang menaruh hati terhadapnya, dia akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading... walaupun Noor Affendi tidak lagi mengenalinya.

Book Demi Kasih Ini

    Book Details:
  • Author : Hasreeyati Ramli
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242114
  • Pages : 352 pages

Download or read book Demi Kasih Ini written by Hasreeyati Ramli and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 352 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya.Benarkah? Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan. Andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada apa yang bisa menjadi galang ganti. Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora. Tembelang pecah, retak menanti belah. Konfik demi konflik mencabar keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.

Book Izinkan Kubahagia

Download or read book Izinkan Kubahagia written by Leeya Myra and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir. Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu. Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Book Kuserahkan Kasih

Download or read book Kuserahkan Kasih written by Fida Rohani and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya... Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Book Ingin Berkasih Lagi

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247655
  • Pages : 640 pages

Download or read book Ingin Berkasih Lagi written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 640 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya. Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya. Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Book Fikir dan Percaya Pada Yang Satu

Download or read book Fikir dan Percaya Pada Yang Satu written by Alian Jusuf and published by Partridge Publishing Singapore. This book was released on 2014-11-24 with total page 293 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Didalam buku ini penulis banyak berbicara tentang kepercayaan yang mungkin akan menganggu perasaan pembaca. Dengan itu penulis terlebih dahulu memohon maaf. Banyak dari perkara yang diamalkan dan dianggap Islam adalah merupakan ikutan dari Alkitab Bible Kristian. Para Ulama dan cendiakawan Islam yang mengikut ajaran ini, tidak mahu terkeluar dari aturan mazhab atau takut dihukum atau dipulaukan oleh mazhab mereka. Ajaran yang diambil dari Alkitab Bible Kristian ini telah lama meresap dalam ajaran mazhab-mazhab mereka. Malangnya banyak yang terkeluar dari ajaran Kitab Quran yang sebenar. Didalam buku ini penulis mendedahkan ajaran-ajaran yang dianggap sahih dan digunapakai oleh orang Islam seluruh dunia sebenarnya telah membelakangkan Kitab Quran. Disini penulis mengunakan Kitab Quran sendiri sebagai bukti dimana mereka ini telah jauh tersasar dari landasan yang sebenar. Kita tidak boleh menafikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad telah mengunakan Kitab Quran sebagai ajarannya sepertimana yang diperintah oleh Allah. Marilah kita kembali kepada ajaran yang sebenar. Dan fikir sejenak dan terima dengan keyakinan pada Tuhan Yang Satu.

Book Petaka Nyawa

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249720
  • Pages : 675 pages

Download or read book Petaka Nyawa written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 675 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Book Hati Yang Terusik

Download or read book Hati Yang Terusik written by Nia Azalea and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 675 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka ditentang oleh Vincent Lee, bapanya. Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun, Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap mencintai Farhan. Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa berkahwin dengan Raymond.