EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Senyuman Manismu

    Book Details:
  • Author : Rania Firdaus
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831245903
  • Pages : 523 pages

Download or read book Senyuman Manismu written by Rania Firdaus and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 523 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia. Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu.

Book Seindah Sakura

    Book Details:
  • Author : Liza Zahira
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244893
  • Pages : 543 pages

Download or read book Seindah Sakura written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 543 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Book Jawapan Yang Pasti

Download or read book Jawapan Yang Pasti written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi

Book Please    Jangan    Tackle    Aku

Download or read book Please Jangan Tackle Aku written by Siti Rozilah and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 442 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?

Book Aku Pilih Dia

    Book Details:
  • Author : Hezzy Azra
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247426
  • Pages : 560 pages

Download or read book Aku Pilih Dia written by Hezzy Azra and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Book Sutan Sjahrir  True Democrat  Fighter for Humanity  1909 1966

Download or read book Sutan Sjahrir True Democrat Fighter for Humanity 1909 1966 written by Rosihan Anwar and published by Penerbit Buku Kompas. This book was released on 2010 with total page 180 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Biography of Sutan Sjahrir, first Indonesian prime minister.

Book Mencari Abadi

    Book Details:
  • Author : Luqman Hakim
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243285
  • Pages : 589 pages

Download or read book Mencari Abadi written by Luqman Hakim and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 589 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedengaran mersik dan lembut suara lelaki tua itu. Mengungkapkan sebaris kata-kata yang tertulis di depannya. Tidak difahaminya langsung. Dan kenapa perlu dia ungkapkan? Dia diburu kekeliruan kini. Kenapa lelaki tua ini muncul di depannya? Kenapa dia perlu berada di tempat asing ini? Kali ini Aliff Iman tekad. Walaupun tahu akan mendapat tentangan daripada keluarga, dia tetap tidak akan berubah hati. Dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengajarnya dua kalimah syahadah dalam mimpi, telah membuatkan Aliff Iman memilih Islam sebagai agama pegangannya. Dia kini benar-benar yakin bahawa agama yang dianutinya kini lebih menenteramkan seluruh jiwanya. Rahsia perkenalannya dengan Intan Najwa, seorang gadis Melayu telah membuatkan keluarganya menuduh Aliff Iman sengaja masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan gadis itu. Keluarganya langsung tidak boleh menerima hakikat yang anaknya kini telah bertukar agama. Pelbagai konflik telah berlaku antara Aliff Iman dan keluarganya di kampung sehingga dia telah diusir oleh ibunya sendiri. Dengan hati yang lara, dia telah kembali ke Kuala Lumpur tetapi sekali lagi hatinya bagai disentap kuat apabila ternampak gadis pujaan berjalan beriringan dengan lelaki yang jauh lebih bergaya daripadanya. Jiwanya yang kacau bilau itu sekali lagi diuji dengan satu ujian yang maha hebat. “Dugaan ini terlalu berat untukku hadapi.. Namun, andai itu yang tertulis kepadaku sejak azali lagi, akan kuterima dengan hati yang redha...”

Book Indahnya Kasih

Download or read book Indahnya Kasih written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 444 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Indahnya Kasih merupakan sambungan Kisah Kasih, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini, kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan. Kisah kali ini membuatkan dibuai perasaan. Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu peuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan. Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hat

Book Mimpi Yang Pasti

Download or read book Mimpi Yang Pasti written by Fathillah Anas and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 479 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mengisahkan seorang remaja yang kehadirannya tidak dipinta kerana dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya seriang tiada. Dia membesar dengan ''''tegahan'''' - jangan buat itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api... jangan, jangan dan jangan. Akhirnya, jiwa remaja Adi memberontak. Bersama kawan-kawan rapatnya, dia menyertai kumpulan Mat Motor. Dalam diam, Nani menyukai Adi, namun pemuda itu hanya mencintai Nurul seorang. Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah sehingga mengalami gangguan jiwa. Lebih mengecewakannya apabila Nurul turut menjadi perhatian Azman sehingga berhasrat untuk mengahwininya.

Book Bang  Imad

    Book Details:
  • Author : Jimly Asshiddiqie
  • Publisher :
  • Release : 2002
  • ISBN :
  • Pages : 326 pages

Download or read book Bang Imad written by Jimly Asshiddiqie and published by . This book was released on 2002 with total page 326 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Sembilu 2005

    Book Details:
  • Author : Sharifah Abu Salem
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831241908
  • Pages : 303 pages

Download or read book Sembilu 2005 written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 303 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “OKEY semua! Kita sambung mata pe­lajaran esok. Sebelum tu, cikgu nak ingat­kan... jangan lupa buat homework! Boleh tak?” Suara nyaring Cikgu Erra seiring dengan jeritan loceng, menandakan waktu per­sekolahan sudah berakhir. Semua pelajar bergegas me­ngemas meja. Buku-buku pantas dimasukkan ke dalam beg ma­sing-masing. Waktu berakhir persekolahan memang amat dinanti-nantikan. Kalau boleh, biarlah waktu itu tamat lebih awal. Hujung waktu per­sekolahan biasanya agak membosankan. Me­ngantuk dan tidak sabar untuk meninggalkan kelas. Vince yang duduk di hadapan sekali, bangun lebih ter­kemudian daripada Zed dan Khai yang duduk di kiri kanannya. Cikgu Erra masih memberi ingatan kepada para pelajar agar membuat kerja rumah masing-masing.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Elit Tradisi dan Reformasi di Asia Tenggara

Download or read book Elit Tradisi dan Reformasi di Asia Tenggara written by Shaharuddin Maaruf and published by Strategic Information and Research Development Centre. This book was released on with total page 404 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kumpulan esei Shaharuddin Maaruf ini merenungi hubung kait antara Tradisi, pemodenan dan perubahan sosial dalam dunia Melayu-Islam Asia Tenggara. Persoalan Tradisi yang sungguh kompleks ini diamati dalam aspek-aspek khusus seperti persoalan kesinambungan sejarah, nilai-nilai, jati diri dan peranan orientasi agama dalam menentukan sifat dan hala tuju perubahan sosial ini. Etos-etos sejarah yang penting, seperti feudalisme dan kolonialisme, dan kesinambungannya dikaji dalam mencoraki pandangan hidup Asia Tenggara kontemporari. Ada diandaikan salah satu faktor terpenting dalam membentuk dan mencoraki Tradisi ialah elit dan nilai-nilai mereka. Justeru esei-esei juga meninjau asal-usul dan latar belakang sosial pembentukan mereka. Sementara menentukan kesinambungan Tradisi-tradisi dan sistem nilai-nilai mereka, kumpulan-kumpulan elit ini sendiri ditentukan sifat dan pandangan hidup mereka oleh kesinambungan-kesinambungan sejarah dari zaman lampau hingga ke hari ini. Dalam memperkatakan permainan antara Tradisi dan pemodenan, sudah tentunya perbincangan mencerahkan juga rintangan-rintangan terhadap pemodenan dan perubahan sosial yang berkemajuan. Aspek-aspek ini memang sentiasa menarik prihatin dan renungan mendalam tokoh-tokoh intelektual dan reformasi dari Tradisi Asia Tenggara. Sehubungan ini karya-karya Ibn Khaldun, Multatuli, Jose Rizal, Pramoedya Ananta Toer dikaji dalam kerangka tema besar esei-esei.

Book

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher : Scritto Books
  • Release :
  • ISBN :
  • Pages : pages

Download or read book written by and published by Scritto Books. This book was released on with total page pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Koleksi konsep falsafah  pemikiran dan budaya China  Jilid 1  Penerbit USM

Download or read book Koleksi konsep falsafah pemikiran dan budaya China Jilid 1 Penerbit USM written by Goh Sang Seong and published by Penerbit USM. This book was released on with total page 158 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KOLEKSI KONSEP FALSAFAH, PEMIKIRAN DAN BUDAYA CHINA JILID 1 Bagi mengenali tamadun China secara dekat, penguasaan kata kunci menjadi salah satu pendekatannya. Untuk itu, Koleksi Konsep Falsafah, Pemikiran dan Budaya China Jilid I menghimpunkan kata-kata kunci terpilih oleh pakar bidang berkenaan bagi membantu pembaca memahami konsep-konsep asas yang diungkapkan dalam kitab klasik dan karya agung China. Konsep-konsep ini dijelaskan dengan bahasa yang agak mudah dan ringkas supaya pembaca lebih senang untuk menggarap kandungannya. Melalui pemahaman tentang kata-kata kunci falsafah, pemikiran dan budaya China dalam koleksi ini, pembaca bukan setakat mengenali tamadun China, malah mempunyai aset untuk berkomunikasi dengan warga China dengan lebih berkesan untuk pelbagai tujuan ekonomi, sosial dan politik.

Book Kabus Kasih

    Book Details:
  • Author : Eka Fahara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2004
  • ISBN : 9831241711
  • Pages : 469 pages

Download or read book Kabus Kasih written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 469 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena. Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.

Book Bunga Hati

Download or read book Bunga Hati written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.