EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Puteri Cinta

    Book Details:
  • Author : Kreisya Reisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244788
  • Pages : 448 pages

Download or read book Puteri Cinta written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Book Tak Cinta Tak Apa

Download or read book Tak Cinta Tak Apa written by Zuri Yanie and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 615 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Panggil Aku Najiha

Download or read book Panggil Aku Najiha written by Ana Balqis and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 504 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha. Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu. Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.

Book Irama Semalam

    Book Details:
  • Author : Yatie Atiqa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246551
  • Pages : 400 pages

Download or read book Irama Semalam written by Yatie Atiqa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?

Book Kisah Kasih

    Book Details:
  • Author : Kreisya Reisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 1999
  • ISBN : 9831240294
  • Pages : 375 pages

Download or read book Kisah Kasih written by Kreisya Reisya and published by Alaf 21. This book was released on 1999 with total page 375 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEJAK aku kecil, mama suka membacakan kisah-kisah do­ngeng klasik Inggeris kepadaku. ‘Cinderella’, ‘Sleeping Beauty’, ‘Snow White’ dan ‘Beauty & The Beast’ antara cerita-cerita yang paling aku gemari. Bagaimana seorang puteri di­selamatkan oleh seorang putera yang kacak. Putera-putera yang digambarkan berwajah tampan, berbadan sasa dan gagah berani. Puteri-­puterinya pula bersuara merdu, berwajah jelita dan berbudi pekerti. Putera dan puteri ini bertemu dan kemudian bercinta. Akhir­nya, mereka berkahwin dan hidup bahagia. Waktu berlalu pergi. Aku melangkah ke alam dewasa. Tetapi ada sesuatu yang tidak boleh aku tinggalkan. Aku tetap terpengaruh dengan kisah-kisah ­dongeng ini. Kononnya, di luar sana ada seorang putera idaman yang akan menambat hatiku suatu hari nanti. Aku percaya ada ­seorang putera yang akan tertawan kepadaku lalu membawaku ke mahligai kebahagiaan. Sungguhpun aku tidak mempunyai paras yang jelita seperti puteri-puteri itu, tetapi aku memiliki sesuatu iaitu cinta yang suci.

Book Korban

    Book Details:
  • Author : ARIFFUL BAQI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 967860664X
  • Pages : 318 pages

Download or read book Korban written by ARIFFUL BAQI and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 318 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri. Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah. Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan. Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung! Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.

Book INDERA BUMI

    Book Details:
  • Author : Zaki Zainol
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606143
  • Pages : 277 pages

Download or read book INDERA BUMI written by Zaki Zainol and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 277 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ariasha Cinta Castra sedar perasaannya kepada Bayu semakin bercambah hari demi hari. Namun, kaumnya cuba menghalang kerana mereka tahu, di hujungnya tiada bahagia. Apa yang terjadi 19 tahun lampau antara Prawisna Jiwa dan Nasfisha mungkin akan berulang. Namun, Ariasha sudah bersedia. Bukan semata-mata demi Bayu, tetapi demi keamanan seluruh Tanah Ini. Penzalim yang Sunyi, Indera Bumi kini di tangan Pemusnah Jiwa, tuannya yang sebenar. Mengapa Pemusnah Jiwa merampas Indera Bumi daripada Bayu? Apakah ingin menuntut haknya kembali atau ada tujuan lain? Kini, siapa lagi yang dapat menghalang amukan Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan ini? Biar hatinya lurus dan tulus, namun ia tidak mampu menjamin ketenangan jiwanya. Dasyuria, Sedinggi, Dakawa akan bertembung di medan perang. Antara manusia dan bala tentera Sigorong – kebaikan akan menentang kejahatan. Mampukah Bayu Adi Jata menahan dirinya daripada pengaruh Lambang Kekejaman dan P

Book Anugerah Cinta

    Book Details:
  • Author : Nurmi Syakimi
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245105
  • Pages : 512 pages

Download or read book Anugerah Cinta written by Nurmi Syakimi and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.

Book Cinta Usah Dinanti

    Book Details:
  • Author : Aimi Husna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124608X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Usah Dinanti written by Aimi Husna and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti. Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Petaka Nyawa

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249720
  • Pages : 675 pages

Download or read book Petaka Nyawa written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 675 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Book Kuseru Namamu

    Book Details:
  • Author : Ilani Mysara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243145
  • Pages : 521 pages

Download or read book Kuseru Namamu written by Ilani Mysara and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 521 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: APA ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tangggungjawab. Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang per-juangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi. Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di antara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya? Bacalah demi sebuah nama yang suci...

Book LePALISSHE 2021

    Book Details:
  • Author : Joko Nurkamto
  • Publisher : European Alliance for Innovation
  • Release : 2022-01-04
  • ISBN : 1631903330
  • Pages : 954 pages

Download or read book LePALISSHE 2021 written by Joko Nurkamto and published by European Alliance for Innovation. This book was released on 2022-01-04 with total page 954 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: This book contains the proceedings of the First Lekantara Annual Conference on Public Administration, Literature, Social Sciences, Humanities, and Education (LePALISSHE) was held by Lentera Akademika Nusantara (Lekantara), Indonesia, in collaboration with Universitas Trisakti, Indonesia, on August 3, 2021. The aim of the conference is to promote new insights and discussion about the current global perspectives, considering the differences in academic and subject fields’ approaches across time and countries, with its implications and to improve and share the scientific knowledge on public administration, literature, social sciences, humanities, and education. The theme of the conference is: “Responding to Current Changes and Future Prospects Post Covid19 Pandemic from Various Perspectives”. The Covid19 pandemic has brought social and economic disruption worldwide, but is also providing opportunities in terms of new paths, new perspectives, and new ways of seeing things while addressing the underlying challenges. The conference invites delegates across Indonesia, United Kingdom, Japan, Malaysia, Australia, Canada, USA and beyond, and is attended by more than 300 participants from scholars, academics, researchers, practitioners, students, and policymakers from national and international institutions to provide an opportunity for discussion and to enhance professional networking in various related to the theme of the conference.

Book Hijab Sang Pencinta

Download or read book Hijab Sang Pencinta written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 508 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Book Hatiku Di Harajuku

Download or read book Hatiku Di Harajuku written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut. Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Book Legenda Elfarren

Download or read book Legenda Elfarren written by Mohd Zahar Yasin and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aidan dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Dipertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapa pun harga yang harus dibayar. Tanpa disedari, mereka memiliki keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. Sesuatu yang sangat dikehendaki oleh kuasa kebaikan juga kejahatan pada zaman itu. Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan; segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka. Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. Sejauh manakah mereka sanggup menghadapinya?