EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book PROJEK CINTA   KAMPUS

    Book Details:
  • Author : Nurina Feeza, Qaseh Husna, Nurul Syahida
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN :
  • Pages : 297 pages

Download or read book PROJEK CINTA KAMPUS written by Nurina Feeza, Qaseh Husna, Nurul Syahida and published by Alaf 21. This book was released on with total page 297 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: - Merupakan Projek pertama untuk novel Cinta di bawah label Alaf 21. - Projek Cinta Kampus secara dasarnya melibatkan tiga orang penulis iaitu Nurul Syahida, Nurina Feeza dan Qaseh Husna. - Untuk projek pertama ini, genre yang akan diketengahkan ialah ‘Komedi Romantik.’ - Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa santai dan tidak terlalu melankolik.

Book Langit Cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678605767
  • Pages : 414 pages

Download or read book Langit Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 414 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.

Book Temukanku Dengan Cinta

Download or read book Temukanku Dengan Cinta written by Ainul Hazrah and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka. Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal. “Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu. Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka? “Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”

Book DEJAVU CINTA

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678606151
  • Pages : 452 pages

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 452 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Book Cinta Atas Kertas

Download or read book Cinta Atas Kertas written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 1037 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya. Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya. Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai! Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir. Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci! “Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.” “Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”

Book Aku Cinta Dia

    Book Details:
  • Author : Sharifah Abu Salem
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244591
  • Pages : 527 pages

Download or read book Aku Cinta Dia written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 527 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Book Tak Cinta Tak Apa

Download or read book Tak Cinta Tak Apa written by Zuri Yanie and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 615 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

Book Projek Seram   WAD

    Book Details:
  • Author : Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin, Ebriza Aminnudin
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2016
  • ISBN : 9674462376
  • Pages : 442 pages

Download or read book Projek Seram WAD written by Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin, Ebriza Aminnudin and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 442 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu?

Book Cinta Hujan Panas

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248546
  • Pages : 585 pages

Download or read book Cinta Hujan Panas written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 585 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar. “Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!” Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’ “Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!” Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.

Book Cinta 365 hari

    Book Details:
  • Author : Norzailina Nordin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244923
  • Pages : 512 pages

Download or read book Cinta 365 hari written by Norzailina Nordin and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Book AKU ALERGIK CINTA

    Book Details:
  • Author : Ilyana Hani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606275
  • Pages : 426 pages

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Book Sekebun Bunga Cinta

    Book Details:
  • Author : Liyana Zahim
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247043
  • Pages : 672 pages

Download or read book Sekebun Bunga Cinta written by Liyana Zahim and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 672 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu? Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Book Sepi Tanpa Cinta

Download or read book Sepi Tanpa Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 477 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas! Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali! Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Book Projek Seram   Lif

Download or read book Projek Seram Lif written by Ninie Othman Resmanshah, Helmi Effendy and published by Buku Prima. This book was released on 2017 with total page 298 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kau Kuseru - Ninie Othman Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat? Khilaf – Resmanshah Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’ Aras 77 – Helmi Effendy Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?

Book Seteguh Cinta

    Book Details:
  • Author : Durrah Fatiha
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243994
  • Pages : 499 pages

Download or read book Seteguh Cinta written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 499 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mahligai bahagia yang diimpikanNurin ber tukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati. Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apa bila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘house husband’. Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town,Afrika Selatan.Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir ter lerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini. Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Jual Beli Cinta

    Book Details:
  • Author : WEEDA AIRIZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605635
  • Pages : 368 pages

Download or read book Jual Beli Cinta written by WEEDA AIRIZA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul!