EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Nafas Terakhir

    Book Details:
  • Author : Murad Arshad
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243242
  • Pages : 737 pages

Download or read book Nafas Terakhir written by Murad Arshad and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 737 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Malek tidak pernah terfikir akan terjebak dalam kancah hitam yang bakal memusnahkan masa depannya. Kerana kefasiqannya, dia terleka dan tanpa disedari, Geng M16 menjadi pilihan. Dia terheret ke lembah hitam yang tiada penghujungnya...

Book Doa Terakhir

    Book Details:
  • Author : Fuad Hj. Sam
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246209
  • Pages : 432 pages

Download or read book Doa Terakhir written by Fuad Hj. Sam and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 432 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sebagai pengantara. Malah Ustaz Kamal dipukul dengan teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama. Norita sendiri teruk diseksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yang dibenarkan berjumpa dengannya. Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan seksaan yang ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala-galanya.

Book Mr Singa Miss Selamba

    Book Details:
  • Author : NURINA FEEZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 967860728X
  • Pages : 422 pages

Download or read book Mr Singa Miss Selamba written by NURINA FEEZA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 422 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Miss Selamba, itulah gelaran yang sesuai untuk Maira Qaisarah. Dialah manusia pertama berani melawan cakap Iqram Fattah a.k.a Mr Singa merangkap bosnya. Dengan beraninya Maira Qaisarah tayang muka selamba sambil tersengih bak kerang busuk ketika Iqram Fattah tengah marah? Memang buku bertemu ruas! Namun, sikap caring Maira Qaisarah membuatkan Iqram Fattah jatuh cinta, sampai sanggup masuk meminang. Gila ke apa? Tak pasal-pasal Iqram Fattah makan penumbuk Maira Qaisarah! “Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - Maira Qaisarah “Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Lepas kahwin, Iqram Fattah jadi romantik pula. Maira Qaisarah terus jadi cair. Adat berumah tangga tak semestinya indah selama-lamanya. Tup… tup… Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis menggoda Maira Qaisarah. Rumah tangga mereka jadi huru-hara!

Book Ilusi Hati

    Book Details:
  • Author : Haiza Najwa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245229
  • Pages : 550 pages

Download or read book Ilusi Hati written by Haiza Najwa and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 550 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Book Usikan Rindu

    Book Details:
  • Author : Qaira Qasidah
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243404
  • Pages : 469 pages

Download or read book Usikan Rindu written by Qaira Qasidah and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 469 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu! Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan. Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang. Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...

Book Rayyan Fantasi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246152
  • Pages : 560 pages

Download or read book Rayyan Fantasi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Book Halusinasi

    Book Details:
  • Author : Jessy Mojuru
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 983124897X
  • Pages : 915 pages

Download or read book Halusinasi written by Jessy Mojuru and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 915 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta. Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi. Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Book Untuk Sekali Lagi

    Book Details:
  • Author : Azilah Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247345
  • Pages : 528 pages

Download or read book Untuk Sekali Lagi written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

Book Cintaku Bukan Murah

Download or read book Cintaku Bukan Murah written by Aleya Aneesa and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 678 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah... Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati. Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!

Book Yang Mana Satu

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246675
  • Pages : 544 pages

Download or read book Yang Mana Satu written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 544 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid? “Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.” Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya. “Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.” Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Book Dia Yang Mengerti

Download or read book Dia Yang Mengerti written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 575 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kata-kata Bidan Sauyah menusup dalam fikiran Suriyana. Kemarahannya menjulang-julang terhadap Wardina Amni. Dia tidak mahukan anak itu. Kebencian bertukar dendam. Sebaik saja anak itu dilahirkan, terlalu banyak bencana yang datang. Dia benci, benci, benci! - Wardina Amni - Ada waktunya aku dihina, dikeji dan dipandang mereka dengan penuh jijik. Kehadiranku langsung tak dipedulikan meskipun kelahiranku ke dunia ini, bukan aku yang pinta. - Amir Haziq - “Yang penting, Dina ada abang dan abang ada Dina.” Roda alam terus berputar. Wardina Amni bangkit mencari kebahagiaan. Dia ingin mencapai bintang. Dia juga dambakan keadilan. Haknya sebagai anak harus dipertahankan. Bak seorang pengemis, dia terus menadah kasih. Dia mengharap agar kerinduannya berbalas jua. Sampai bilakah caturan takdir dukanya akan bertukar manis?

Book Checklist

    Book Details:
  • Author : SSkarno
  • Publisher : Partridge Publishing Singapore
  • Release : 2022-02-24
  • ISBN : 1543767907
  • Pages : 281 pages

Download or read book Checklist written by SSkarno and published by Partridge Publishing Singapore. This book was released on 2022-02-24 with total page 281 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: As a wedding is a once-in-a-lifetime event, every bridal couple would want the best for their special day that will be graced with the beautiful traditions of Malay cultural heritage. Between the past and having the ceremony in the new norm, once again, do not be disheartened as it is hoped that you will bring with you the knowledge to share about the traditional Malay wedding and its heritage that needs to be preserved for the next generation, in spite of the need to live with the new normal. Life, while riding the wave of massive technological advancement, will not be colourful without the bouquets of colorful flowers that will bring meaning to life. May you continue to bring the beautiful Malay heritage to the ends of time and etch the glory of traditional customs in the minds of the subsequent generations.

Book Projek Seram   Kem

Download or read book Projek Seram Kem written by Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia and published by Buku Prima. This book was released on 2016 with total page 277 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kisah Latifah - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram. Kem Rahsia - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”

Book Cinta Separuh Mati

    Book Details:
  • Author : Durrah Fatiha
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248848
  • Pages : 496 pages

Download or read book Cinta Separuh Mati written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Wardah seolah-olah melarikan diri daripada Faisol sebaik sahaja dia pulang dari Melbourne, Australia setelah empat tahun melanjutkan pengajian di sana. Dia tidak mahu lelaki itu tahu di mana dia berada atau apa yang dilakukannya. Malah, rahsia dia bersama rakan baiknya, Hazimah di pusat perlindungan itu harus disimpan kemas. Faisol tidak berputus asa. Pencariannya tidak mengenal erti lelah. Akhirnya, mereka dipertemukan secara tidak sengaja. Konon Wardah mahu menyembunyikan identiti diri. Mudah sahaja Faisol mengecam gadis itu. Daripada suara dan gaya, dia sudah tahu itulah kekasih hati yang dicari-cari selama ini. Hubungan terputus bertaut semula sehingga mereka berjanji untuk sehidup semati. Namun ada pula halangannya. Kemunculan Nora dan kemarahan Datin Rahmah, ibu Faisol memberatkan lagi duka lara yang ditanggung oleh Wardah. Apatah lagi, kedua-duanya sudah mengetahui dia memerlihara seorang bayi itu!

Book Legasi Pejuang

Download or read book Legasi Pejuang written by Arman Jazee and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 585 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk. Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan. Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru. Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan

Book Penghujung Rindu

Download or read book Penghujung Rindu written by S. Hawa and published by Alaf 21. This book was released on 2002 with total page 344 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: FARHA begitu asyik melayangkan pan­da­ng­an ke luar tingkap kapal terbang Boeing 737. Tanah daratan yang hijau gelap sudah mula ke­lihatan. Laut China Selatan yang membiru luas terbentang saujana mata me­mandang. Sesekali awan nipis melintas di tepi tingkap. Suara stereotaip anak kapal berkumandang meng­umumkan bahawa mereka akan mendarat beberapa ketika lagi. Isyarat memakai tali pinggang bernyala dan Farha mematuhi arahan itu. Dia duduk bersandar, memejamkan mata dan sebuah keluh­an berat terlepas dari dadanya.

Book 1515

    Book Details:
  • Author : Faisal Tehrani
  • Publisher : Gerakbudaya Enterprise
  • Release : 2022-12-06
  • ISBN : 9670076005
  • Pages : 186 pages

Download or read book 1515 written by Faisal Tehrani and published by Gerakbudaya Enterprise. This book was released on 2022-12-06 with total page 186 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: OLEHKAH ANDA MENUKAR SEJARAH? "Hanya kanda sebagai sejarawan dapat membantu hamba untuk membetulkan semula jurusan sejarah yang memang salah ini." Melalui utusan surat dari masa lalu , Nyemah Mulya, pahlawan perempuan 15 tahun, meminta pertolongan seorang sejarawan untuk memastikan kerajaan Melaka tidak jatuh ke tangan Portugis. Sekiranya tidak, sejarawan tersebut akan terpupus dari susur masa. Tetapi bagaimana untuk mengubah sejarah sekiranya penulis sejarah itu sendiri kehilangan ingatan? Berjayakah juga beliau menemui jawapan kepada permasalahan cintanya sendiri? Dalam novel Faisal Tehrani yang terkenal lni, sejarawan tersebut akan terperangkap antara dunia yang sebenar dan sebuah realiti alternatif, dimana sejarah akan ditukar - dan diulangi.