EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Jadi Isteri Aku

    Book Details:
  • Author : Haura Amyra
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462287
  • Pages : 392 pages

Download or read book Jadi Isteri Aku written by Haura Amyra and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 392 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Antara amanah & cinta, mungkinkah ada peluang kedua?’ Kepulangan Fareed Izwan usai peperiksaan akhir di perantauan membawa berita gembira untuk seisi keluarga. Namun, hajat untuk memperisterikan Rebecca yang berjaya mengetuk pintu hatinya berkecai di tengah jalan. Rajuk Puan Dahlia menyebabkan Fareed Izwan terperangkap untuk menerima Zahra Umairah, amanah yang dititipkan untuknya. Diikat atas dasar perkahwinan, Zahrah Umairah hidup bagaikan tunggul. Entah sampai bila dia harus bertahan, dia sendiri tidak tahu. Lebih pedih, apabila Amri Khaleed yang dalam diam disukainya tiba-tiba membawa wanita lain kepadanya, seolah-olah hendak memberitahu kepadanya yang dia sudah berpunya.

Book Kasih Dania

    Book Details:
  • Author : Ayu Emelda
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 983124298X
  • Pages : 488 pages

Download or read book Kasih Dania written by Ayu Emelda and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 488 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga. Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. N Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta. Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Book Love You Forever

    Book Details:
  • Author : NIA REIYA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 9678607263
  • Pages : 382 pages

Download or read book Love You Forever written by NIA REIYA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 382 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa saja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM

Book Lelaki Itu Dia

    Book Details:
  • Author : ALEYA ANEESA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605309
  • Pages : 447 pages

Download or read book Lelaki Itu Dia written by ALEYA ANEESA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 447 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu. “Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink.” Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Book Mulut Kata Benci

    Book Details:
  • Author : FATIN NABILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606623
  • Pages : 315 pages

Download or read book Mulut Kata Benci written by FATIN NABILA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 315 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.” Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir. Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata. Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.

Book Detik Terindah

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249356
  • Pages : 768 pages

Download or read book Detik Terindah written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 768 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ALYA gelisah. Sejak tadi dia mencari kotak parkir kosong namun, masih belum ditemui. Rasanya, sudah tiga kali keretanya berkeliaran di sekitar jalan raya berhampiran dengan kawasan komersial yang terdiri daripada bangunan lima tingkat itu, tetapi pencariannya hampa. “Alamak, janganlah aku terlambat!” Dia tiba-tiba membebel sambil mengerling jam tangan. Dia mendapati jarum hampir menuju ke angka 9.00 pagi. Lagi sepuluh minit temu janjinya akan berlangsung. Dia terus jadi gelisah bila memikirkan yang dia akan kelewatan. Tak pasal-pasal dia dicop sebagai orang yang tidak menepati masa. Padahal selama ini dia begitu pantang dengan orang begitu. Namun, dia bukan sengaja mahu bertemu klien dalam keadaan yang lewat dan tergesa-gesa.

Book Bahagia Kasihmu

Download or read book Bahagia Kasihmu written by Fatin Nabila and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Book Nian Di Hati

    Book Details:
  • Author : Elin Nadia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246179
  • Pages : 496 pages

Download or read book Nian Di Hati written by Elin Nadia and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka. Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli. Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.

Book Mr Singa Miss Selamba

    Book Details:
  • Author : NURINA FEEZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 967860728X
  • Pages : 422 pages

Download or read book Mr Singa Miss Selamba written by NURINA FEEZA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 422 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Miss Selamba, itulah gelaran yang sesuai untuk Maira Qaisarah. Dialah manusia pertama berani melawan cakap Iqram Fattah a.k.a Mr Singa merangkap bosnya. Dengan beraninya Maira Qaisarah tayang muka selamba sambil tersengih bak kerang busuk ketika Iqram Fattah tengah marah? Memang buku bertemu ruas! Namun, sikap caring Maira Qaisarah membuatkan Iqram Fattah jatuh cinta, sampai sanggup masuk meminang. Gila ke apa? Tak pasal-pasal Iqram Fattah makan penumbuk Maira Qaisarah! “Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - Maira Qaisarah “Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Lepas kahwin, Iqram Fattah jadi romantik pula. Maira Qaisarah terus jadi cair. Adat berumah tangga tak semestinya indah selama-lamanya. Tup… tup… Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis menggoda Maira Qaisarah. Rumah tangga mereka jadi huru-hara!

Book Langit Cinta

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678605767
  • Pages : 414 pages

Download or read book Langit Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 414 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.

Book Cinta Hujan Panas

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248546
  • Pages : 585 pages

Download or read book Cinta Hujan Panas written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 585 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar. “Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!” Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’ “Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!” Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.

Book Setulus Hati

    Book Details:
  • Author : Rozita Abd. Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243986
  • Pages : 510 pages

Download or read book Setulus Hati written by Rozita Abd. Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup. Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!

Book Aduhai  Bos Bertuah

    Book Details:
  • Author : Zan Zarida
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248627
  • Pages : 528 pages

Download or read book Aduhai Bos Bertuah written by Zan Zarida and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya. Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. Cinta tetap cinta berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri? Andai ada benci, mengapa sempat merindu?

Book Kekasihku Jangan Marah

Download or read book Kekasihku Jangan Marah written by ZAN ZARIDA and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 431 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Dipanggil temu duga semata-mata untuk mendengar perkataan ‘Anda tidak berjaya’? Sesiapa pun pasti akan marah. Kalau boleh, kerusi meja mahu diterbalikkan! “Huh, jangan sombong! Encik jugak tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua. Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yang nak terima encik jadi menantu. Tak pun, terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati! - Safi Awadah Namun, takdir tetap menemukan dan mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menyampah, peliknya Safi Awadah boleh angau dengan Idan Jauhari! Tidak kisah langsung walau lelaki itu ego, beku dan hampir hendak sama dengan plywood kayu-kayan!

Book Uda   Dara

    Book Details:
  • Author : Aisya Sofea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246950
  • Pages : 560 pages

Download or read book Uda Dara written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. “Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Book Cintamu di hati

Download or read book Cintamu di hati written by Aida Adriani and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Mimpi Yang Pasti

Download or read book Mimpi Yang Pasti written by Fathillah Anas and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 479 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mengisahkan seorang remaja yang kehadirannya tidak dipinta kerana dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya seriang tiada. Dia membesar dengan ''''tegahan'''' - jangan buat itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api... jangan, jangan dan jangan. Akhirnya, jiwa remaja Adi memberontak. Bersama kawan-kawan rapatnya, dia menyertai kumpulan Mat Motor. Dalam diam, Nani menyukai Adi, namun pemuda itu hanya mencintai Nurul seorang. Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah sehingga mengalami gangguan jiwa. Lebih mengecewakannya apabila Nurul turut menjadi perhatian Azman sehingga berhasrat untuk mengahwininya.