EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Dia jadi saksi

    Book Details:
  • Author : Fareeda Qalisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247671
  • Pages : 576 pages

Download or read book Dia jadi saksi written by Fareeda Qalisya and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman macam Fareez, siapa yang tidak terpikat? Semua gadis mahu mendampinginya. Maklumlah... playboy! Perkenalan tiba-tiba dengan Ifa melalui laman chatting membuatkan hati Fareez tercuit. Timbul tanda tanya mengenai gadis misteri itu. Setiap kali disampaikan hasrat ingin bertemu, ada sahaja alasan gadis itu untuk mengelak. Ifa tergelak sendiri dengan idea nakalnya membohongi Fareez. Nama Ifa ditukar jadi Sherry. Kononnya dia keturunan Diraja Kedah. Semua itu sekadar menghiburkan hati. Namun, tidak sangka pula Fareez pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti.

Book Merdu Lirik Kasih

Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Book Halusinasi

    Book Details:
  • Author : Jessy Mojuru
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 983124897X
  • Pages : 915 pages

Download or read book Halusinasi written by Jessy Mojuru and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 915 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta. Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi. Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Book Bila Cinta Membara

Download or read book Bila Cinta Membara written by Mazia Harris and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 668 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh, akhirnya meletus. Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi panjangnya. sandiwara cinta ini mesti dinokhtahkan! Segala kenangan ini mesti dikuburkan. Cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alam realiti.

Book Lelaki Itu Dia

    Book Details:
  • Author : ALEYA ANEESA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605309
  • Pages : 447 pages

Download or read book Lelaki Itu Dia written by ALEYA ANEESA and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 447 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu. “Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink.” Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Book Diriku Usah Dicari

Download or read book Diriku Usah Dicari written by Irda Haleeda and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 432 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!” Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya. “Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Book Sayang Sekelip Mata

    Book Details:
  • Author : Hasreeyati Ramli
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247787
  • Pages : 592 pages

Download or read book Sayang Sekelip Mata written by Hasreeyati Ramli and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 592 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SAFA menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak, sudah terlambat. Dia enggan merempat dan mengaggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melaporkan diri. "Safa boleh tak awak jangan panggil saya encik?" "Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki." Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu! Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?

Book Usah Menangis Sayang

Download or read book Usah Menangis Sayang written by Aini Marisha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia. Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini. Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Book Ruang Rindu

    Book Details:
  • Author : Rozita Abd Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245148
  • Pages : 520 pages

Download or read book Ruang Rindu written by Rozita Abd Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 520 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Book Biru Ungu Cintaku

Download or read book Biru Ungu Cintaku written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Book Ingin Berkasih Lagi

    Book Details:
  • Author : Damya Hanna
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247655
  • Pages : 640 pages

Download or read book Ingin Berkasih Lagi written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 640 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya. Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya. Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Book Tak Mungkin Dia

Download or read book Tak Mungkin Dia written by Rania Firdaus and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.

Book 3 Kata Hati

    Book Details:
  • Author : Norzailina Nordin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247809
  • Pages : 576 pages

Download or read book 3 Kata Hati written by Norzailina Nordin and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rindu - Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat. Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya. Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya? Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Book Tunang Tak Guna

    Book Details:
  • Author : MURNI AQILA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 9678607239
  • Pages : 425 pages

Download or read book Tunang Tak Guna written by MURNI AQILA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 425 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Shila bertunang dengan Ezzat. Mereka suka sama suka. Si Shila ni perangainya pelik sikit. Cepat menggelabah. Kalut tak tentu pasal. Kuat melatah. Lurus bendul. Tapi baik hati. Ezzat ni pulak kononnya cinta sepenuh hati pada Shila. Namun pada hari mereka bakal disatukan, Ezzat lari dari kampung! Tak tahulah sebab apa. Sakit otak agaknya. Tak guna! Shila punyalah kecewa... menangis tak berhenti. Dahlah satu keluarga dapat malu. Menanggung hutang lagi. Kena kutuk pulak tu. Siapa yang tak sedih? Tanpa disangka, rumah Shila terbakar. Semua tak dapat diselamatkan. Berita duka itu sampai ke pengetahuan Ezzat. Menyesal tak sudah Ezzat dibuatnya. Walau dah bertahun-tahun, dia masih menyesal tinggalkan Shila. Ditakdirkan dia jumpa gadis berwajah seiras Shila. Tapi gadis tu bergaya. Perangai pulak garang gila. Muka Ezzat selamba dia lempang. Padan muka Ezzat! Barulah bertemu buku dengan ruas. Ezzat panggil gadis tu awek rimau. Hmm... apa yang terjadi antara Ezzat dengan awek rimau agaknya?

Book 9 Nyawa

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831244877
  • Pages : 528 pages

Download or read book 9 Nyawa written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Book Spanar Rindu Skru

Download or read book Spanar Rindu Skru written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya. Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin; “Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Book Cinta Hujan Panas

    Book Details:
  • Author : Emma Maizura
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248546
  • Pages : 585 pages

Download or read book Cinta Hujan Panas written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 585 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar. “Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!” Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’ “Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!” Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.