EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Travelog Pendakian Gunung Kinabalu  UUM Press

Download or read book Travelog Pendakian Gunung Kinabalu UUM Press written by Norzaliza Haji Ghazali and published by UUM Press. This book was released on 2021-12-05 with total page 114 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aktiviti pendakian gunung merupakan salah satu aktiviti untuk kita menikmati keindahan alam di samping dapat menzahirkan rasa kagum dengan kebesaran Allah SWT. Pendakian suatu aktiviti yang cukup bermanfaat dan menjadi antara jenis rekreasi yang semakin diminati ramai dalam kalangan anak muda. Penghasilan buku ini merupakan suatu usaha murni bagi mengungkap keindahan alam di samping menterjemahkan falsafah pendakian itu sendiri. Buku Travelog Pendakian Gunung Kinabalu berusaha mengupas pelbagai pengalaman berbeza para pendaki. Selain itu, buku ini melakarkan seribu satu cabaran dan pengorbanan mereka dalam usaha menawan puncak Kinabalu. Diharapkan pembaca beroleh manfaat dan tip dalam aktiviti pendakian khususnya pendakian ke Gunung Kinabalu.

Book

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher : Hup Lick Publishing (M) S/B
  • Release :
  • ISBN : 9789673482085
  • Pages : 44 pages

Download or read book written by and published by Hup Lick Publishing (M) S/B. This book was released on with total page 44 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Puncak Kasih Kita

Download or read book Puncak Kasih Kita written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana. Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya. Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!

Book Rayyan Fantasi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246152
  • Pages : 560 pages

Download or read book Rayyan Fantasi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 560 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Book Cinta Top Secret

Download or read book Cinta Top Secret written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Book Sayang 3 Dalam 1

    Book Details:
  • Author : Weeda Airiza
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247507
  • Pages : 528 pages

Download or read book Sayang 3 Dalam 1 written by Weeda Airiza and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya. Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung! Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

Book Penjara Mati

    Book Details:
  • Author : Riduan Judin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605872
  • Pages : 587 pages

Download or read book Penjara Mati written by Riduan Judin and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 587 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah. Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

Book Sungguh Aku Cinta

Download or read book Sungguh Aku Cinta written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 500 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Book Dua Garis Cinta

Download or read book Dua Garis Cinta written by Raiza Ruhila and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA yang tidak dilafazkan ibarat luka yang membekam. Sanggup menjeruk perasaan sendiri dengan meng impikan sesuatu yang tidak pasti. Begitulah derita yang ditanggung Rosmila sejak sekian lama. Tetapi, Azli, lelaki pujaannya masih tidak mengerti. Mereka akhirnya berpisah membawa haluan sendiri. Suratan takdir menemukan mereka kembali. Rosmila tetap setia menyimpan rasa. Dia masih berteka-teki tentang perasaan sebenar Azli. Akhirnya, lelaki itu melafazkan bahawa Rosmila adalah rindu dan cinta di hatinya sejak dulu lagi. Namun laut yang tenang, tiba-tiba bergelora diamuk badai. Rosmila ragu-ragu dengan kejujuran Azli. Mulut kata cinta tapi kemesraannya dengan Hidayah, bekas kekasihnya menimbulkan persoalan. Ikhlaskah Azli menerima cintanya? Segala ranjau yang didepani membuatkan Rosmila terfikir sejenak. Sudahkah dia bersedia untuk mendakap cinta yang datang? Atau cinta itu sebenarnya yang cuba menjauh?

Book Realiti Kasih

    Book Details:
  • Author : Qursiah Hanum
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245253
  • Pages : 368 pages

Download or read book Realiti Kasih written by Qursiah Hanum and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 368 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Book Cinta Akan Indah

Download or read book Cinta Akan Indah written by Rini Syanira and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Book Kosmologi Melayu

Download or read book Kosmologi Melayu written by and published by . This book was released on 2001 with total page 552 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: On cosmology in relation with Malay culture.

Book Imamku  Mr  Kimchi

    Book Details:
  • Author : Kina Erdina
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462139
  • Pages : 544 pages

Download or read book Imamku Mr Kimchi written by Kina Erdina and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 544 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kecewa dikhianati kekasih hati, Kang Hae Jin nekad membunuh diri di perairan Malaysia. Takdir ALLAH telah mengatur segalanya. Dia diselamatkan keluarga nelayan, Pak Cik Hanifah. Fatimah Al-Zahra, anak Pak Cik Hanifah sering membayanginya siang dan malam. Lemah lembut pada fizikalnya, namun sukar hendak mendekatinya menjadikan gadis itu istimewa pada pandangan Kang Hae Jin. Menjadikan dia terlalu ingin hendak mengenali gadis itu. Saat hati sudah sayang, perpisahan dipinta sebagai pilihan. Kang Hae Jin kembali ke Korea. Saat perpisahan, rasa rindu dan sayang makin membara, namun terhalang dek perbezaan budaya dan agama. Juga sikap Zara yang makin mendingin menyebabkan dia dirundung rasa kecewa.

Book Malaysian Newspaper Index

Download or read book Malaysian Newspaper Index written by and published by . This book was released on 1986 with total page 84 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Indexes English language newspapers published in Malaysia.

Book Semangat Hutan

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2001
  • ISBN : 9831240529
  • Pages : 817 pages

Download or read book Semangat Hutan written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2001 with total page 817 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Book Pertanika

Download or read book Pertanika written by and published by . This book was released on 1989 with total page 1740 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Mr    Miss Troublemaker

    Book Details:
  • Author : Ayuma Umairah
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462147
  • Pages : 487 pages

Download or read book Mr Miss Troublemaker written by Ayuma Umairah and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 487 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RAYYAN Yusof, gayanya ala-ala playboy. Hidupnya makin mewah apabila semua harta neneknya akan diwasiatkan kepadanya. Apa sahaja kata neneknya, pasti akan diturutinya. Tetapi hajat neneknya yang satu ini memang sukar dan tidak akan diturutinya. Nurul Fatia menerima pinangan itu dengan rasa lega. Tetapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Kali pertama berjumpa sudah dihadiahkan dengan maki hamun dan kata-kata kesat.. Haikal mula menjadi perhatian nenek. Sejak mereka dipertemukan, nenek menerimanya dengan hati terbuka. Tidak pernah terdetik pun untuk mengambil apa sahaja hak Rayyan Yusof, sepupunya itu namun gadis yang sering menjadi perhatian rupanya milik sepupunya. Dia mula resah. Rayyan Yusof mula melaksanakan rancangannya. Pertunangan perlu diputuskan tetapi dia yang akan berlakon sebagai mangsa. Nurul Fatia reda. Lelaki macam itu hendak dijadikan suami? Tidak layak langsung! Haikal mula menghidu sesuatu. Jika Rayyan Yusof menolak Nurul Fatia, tidak salah kalau dia mengganti tempat itu. Rayyan Yusof mula panas. Sepupunya itu memang ingin merampas haknya. Harta nenek mahupun Fatia, kedua-duanya tidak mungkin dapat dirampas daripadanya.