EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Cinta Atas Kertas

Download or read book Cinta Atas Kertas written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 1037 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya. Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya. Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai! Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir. Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci! “Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.” “Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”

Book Cinta Sufi

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831245415
  • Pages : 509 pages

Download or read book Cinta Sufi written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 509 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Book Tombiruo Terakhir

Download or read book Tombiruo Terakhir written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 581 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Book Sunan Musafir

    Book Details:
  • Author : Ramlee Awang Murshid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247892
  • Pages : 462 pages

Download or read book Sunan Musafir written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 462 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Book Hatiku Di Harajuku

Download or read book Hatiku Di Harajuku written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 583 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut. Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Book Horizon Cinta

    Book Details:
  • Author : Umi Azrini
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831244168
  • Pages : 482 pages

Download or read book Horizon Cinta written by Umi Azrini and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 482 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik. Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Book Cinta Segi Lima

    Book Details:
  • Author : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 101-01-01
  • ISBN : 9831245334
  • Pages : 520 pages

Download or read book Cinta Segi Lima written by DR. HM Tuah Iskandar al-Haj and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 520 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami. Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi. Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.

Book Cinta MOU

    Book Details:
  • Author : Nurassyi Rashid
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249097
  • Pages : 514 pages

Download or read book Cinta MOU written by Nurassyi Rashid and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 514 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.

Book Percaya Ada Cinta

Download or read book Percaya Ada Cinta written by Ryana Adrina and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 470 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.

Book Cinta Untuk Disewa

Download or read book Cinta Untuk Disewa written by Lynn Dayana and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 585 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal. Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah! Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta. Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Book Cinta Senget Benget

    Book Details:
  • Author : Nina Rose
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 967860504X
  • Pages : 522 pages

Download or read book Cinta Senget Benget written by Nina Rose and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 522 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!

Book Hadirnya Cinta

    Book Details:
  • Author : Pitteriah Abdullah
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2004
  • ISBN : 9831241150
  • Pages : 399 pages

Download or read book Hadirnya Cinta written by Pitteriah Abdullah and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 399 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy. Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak memboleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran. Pelbagai cara dilakukan untum menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunannya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Book Cinta Aku Seadanya

Download or read book Cinta Aku Seadanya written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 501 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

Book Cinta Bunga Tulip

Download or read book Cinta Bunga Tulip written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 551 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Book DEKATNYA CINTA

    Book Details:
  • Author : Aisya Sofea
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248910
  • Pages : 656 pages

Download or read book DEKATNYA CINTA written by Aisya Sofea and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 656 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

Book Tiada Noktah Cinta

Download or read book Tiada Noktah Cinta written by Emma Maizura and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 419 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan 'tomboy' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah. Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.

Book Cinta Top Secret

    Book Details:
  • Author : Laila Kamilia
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2014
  • ISBN : 9831249569
  • Pages : 501 pages

Download or read book Cinta Top Secret written by Laila Kamilia and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 501 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.