EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Buat Yang Tersayang

    Book Details:
  • Author : Maya Rasyidah
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 983124737X
  • Pages : 496 pages

Download or read book Buat Yang Tersayang written by Maya Rasyidah and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Book Bisikan An Nur

    Book Details:
  • Author : Zharulnizam Shah Z.A.
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247736
  • Pages : 432 pages

Download or read book Bisikan An Nur written by Zharulnizam Shah Z.A. and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 432 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertembungan emosi antara Zaid dan Luqman terjadi apabila mereka memuja bunga yang sama dan menyimpan hasrat yang serupa. Zaid seorang mahasiswa yang berkarisma juga merupakan seorang pengarang muda yang sedang meningkat naik namanya di persada sastera tanah air. Luqman pula mahasiawa biasa yang bersifat rendah diri, sopan santun dan baik hati. Masing-masing cuba mencari jalan terbaik untuk memiliki hati Sofiya. Bagi Sofiya, dia perlukan kayu ukur untuk menyukat kasih dua pemuda sekuliahnya itu. Dia sayang kedua-duanya hingga terperangkap di tengah-tengah persimpangan. Terluka, dilukai dan melukakan bukanlah pilihan yang diingini. Namun, dia terpaksa demi sekeping hati miliknya.

Book Untuk Sekali Lagi

    Book Details:
  • Author : Azilah Wahab
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831247345
  • Pages : 528 pages

Download or read book Untuk Sekali Lagi written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

Book Sayang Awak  Tuan Inspektor

    Book Details:
  • Author : JULIA BASRI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606771
  • Pages : 524 pages

Download or read book Sayang Awak Tuan Inspektor written by JULIA BASRI and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 524 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia. Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya. Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.

Book Anugerah Cinta

    Book Details:
  • Author : Nurmi Syakimi
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2010
  • ISBN : 9831245105
  • Pages : 512 pages

Download or read book Anugerah Cinta written by Nurmi Syakimi and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.

Book Doa Buat Suamiku

Download or read book Doa Buat Suamiku written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HAZWANI, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia. Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya. Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?

Book JANGAN LUPAKAN AKU

Download or read book JANGAN LUPAKAN AKU written by iza safiya and published by Alaf 21. This book was released on 101-01-01 with total page 569 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. "Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!" Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. "Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!" Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.

Book Asam Pedas Untuk Dia

    Book Details:
  • Author : Nureen Mirza
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831248279
  • Pages : 528 pages

Download or read book Asam Pedas Untuk Dia written by Nureen Mirza and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Book Hijab Sang Pencinta

Download or read book Hijab Sang Pencinta written by Ramlee Awang Murshid and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 510 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Book Satu Satunya Cinta

Download or read book Satu Satunya Cinta written by Hafimi Huzin and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta? Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Book Seteguh Cinta

    Book Details:
  • Author : Durrah Fatiha
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2008
  • ISBN : 9831243994
  • Pages : 497 pages

Download or read book Seteguh Cinta written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 497 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mahligai bahagia yang diimpikanNurin ber tukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati. Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apa bila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘house husband’. Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town,Afrika Selatan.Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir ter lerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini. Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Book Tautan Kasih

    Book Details:
  • Author : Ryana Adrina
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243072
  • Pages : 430 pages

Download or read book Tautan Kasih written by Ryana Adrina and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 430 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta. Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan.

Book Bukan Salah Cinta

Download or read book Bukan Salah Cinta written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 858 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Megdelina, gadis manis yang jadi perhatian. Memang ramai lelaki yang cuba mengusiknya tapi dia tidak peduli. Cuma usikan Yusoffe dia rasa lain macam. Ini bukan kes mengusik tetapi kes menyakitkan hati. Jenis mulut longkang! Megdelina tidak akan jatuh hati pada orang begini. Dia hanya mengharapkan lelaki yang berbudi dan berhemah tinggi. Namun Yusoffe ingin melamarnya. Permintaan itu terlalu berat! MenerimaYusoffe bererti dia mengecewakan Emmareeza, adiknya yang menaruh kasih pada lelaki itu. Sama ada dia pasrah atau tidak, pasti ada hati yang akan terluka. Pada masa yang sama, Chef Syafil turut menaruh perasaan terhadapnya. Namun, dia menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan jiran yang paling baik.

Book Dia jadi saksi

    Book Details:
  • Author : Fareeda Qalisya
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2012
  • ISBN : 9831247671
  • Pages : 576 pages

Download or read book Dia jadi saksi written by Fareeda Qalisya and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 576 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman macam Fareez, siapa yang tidak terpikat? Semua gadis mahu mendampinginya. Maklumlah... playboy! Perkenalan tiba-tiba dengan Ifa melalui laman chatting membuatkan hati Fareez tercuit. Timbul tanda tanya mengenai gadis misteri itu. Setiap kali disampaikan hasrat ingin bertemu, ada sahaja alasan gadis itu untuk mengelak. Ifa tergelak sendiri dengan idea nakalnya membohongi Fareez. Nama Ifa ditukar jadi Sherry. Kononnya dia keturunan Diraja Kedah. Semua itu sekadar menghiburkan hati. Namun, tidak sangka pula Fareez pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti.

Book Cinta Senget Benget

    Book Details:
  • Author : Nina Rose
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 967860504X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Senget Benget written by Nina Rose and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!

Book Syair Cinta

    Book Details:
  • Author : Intan Arnida
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244249
  • Pages : 502 pages

Download or read book Syair Cinta written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Salinan mikrofilem(positif) manuskrip WSch. V47(7) di SPK.

Book Nafas Terakhir

    Book Details:
  • Author : Murad Arshad
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243242
  • Pages : 532 pages

Download or read book Nafas Terakhir written by Murad Arshad and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 532 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Malek tidak pernah terfikir akan terjebak dalam kancah hitam yang bakal memusnahkan masa depannya. Kerana kefasiqannya, dia terleka dan tanpa disedari, Geng M16 menjadi pilihan. Dia terheret ke lembah hitam yang tiada penghujungnya...