EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Belaian Jiwa

    Book Details:
  • Author : Eka Fahara
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2007
  • ISBN : 9831243137
  • Pages : 608 pages

Download or read book Belaian Jiwa written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 608 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran. Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu. Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu. Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?

Book Jawapan Yang Pasti

Download or read book Jawapan Yang Pasti written by Eka Fahara and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 496 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi

Book Sayang Sepenuh Hati

Download or read book Sayang Sepenuh Hati written by Eka Fahana and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang. Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Book Puncak Kasih Kita

Download or read book Puncak Kasih Kita written by Intan Arnida and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana. Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya. Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!

Book Irama Semalam

    Book Details:
  • Author : Yatie Atiqa
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246551
  • Pages : 400 pages

Download or read book Irama Semalam written by Yatie Atiqa and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 400 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?

Book Alaf 21 mempersembahkan Seribu kali sayang

Download or read book Alaf 21 mempersembahkan Seribu kali sayang written by Anis Ayuni and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 530 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah. Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri. Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa. Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak. Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Book Billboard

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher :
  • Release : 2001-08-11
  • ISBN :
  • Pages : 96 pages

Download or read book Billboard written by and published by . This book was released on 2001-08-11 with total page 96 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: In its 114th year, Billboard remains the world's premier weekly music publication and a diverse digital, events, brand, content and data licensing platform. Billboard publishes the most trusted charts and offers unrivaled reporting about the latest music, video, gaming, media, digital and mobile entertainment issues and trends.

Book The Web Directory of Malaysia

Download or read book The Web Directory of Malaysia written by Hon Seng Teh and published by Puc Founder (M). This book was released on 1999 with total page 346 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt:

Book Jiwa Merindu

    Book Details:
  • Author : Erin Zehana
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244699
  • Pages : 424 pages

Download or read book Jiwa Merindu written by Erin Zehana and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 424 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa. Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Book Janji Kasih

    Book Details:
  • Author : Sri Diah
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2005
  • ISBN : 9831242122
  • Pages : 534 pages

Download or read book Janji Kasih written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 534 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara ibu dan bapa Saliwati menimbulkan pelbagai dugaan hidup. Ibunya berkahwin lain dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya. Namun, bapa tirinya bukanlah seorang lelaki yang bertanggungjawab sehingga sanggup merosakkan masa depannya. Zahim, kekasih lamanya berada di persimpangan apabila dia disuruh berpoligami oleh isterinya. Saliwati terperangkap antara cinta Zahim dengan Huzairi yang kematian bapa akibat tragedi tsunami. Apakah yang akan dilakukan oleh Saliwati? Perlukah dia hidup bersama dengan Zahim atau menerima cinta Huzairi? Apakah janji-janji yang dilafazkan oleh isteri Zahim?

Book Billboard

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher :
  • Release : 1998-07-25
  • ISBN :
  • Pages : 92 pages

Download or read book Billboard written by and published by . This book was released on 1998-07-25 with total page 92 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: In its 114th year, Billboard remains the world's premier weekly music publication and a diverse digital, events, brand, content and data licensing platform. Billboard publishes the most trusted charts and offers unrivaled reporting about the latest music, video, gaming, media, digital and mobile entertainment issues and trends.

Book Billboard

    Book Details:
  • Author :
  • Publisher :
  • Release : 1998-10-03
  • ISBN :
  • Pages : 104 pages

Download or read book Billboard written by and published by . This book was released on 1998-10-03 with total page 104 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: In its 114th year, Billboard remains the world's premier weekly music publication and a diverse digital, events, brand, content and data licensing platform. Billboard publishes the most trusted charts and offers unrivaled reporting about the latest music, video, gaming, media, digital and mobile entertainment issues and trends.

Book Kubawa Hati Ini

    Book Details:
  • Author : Elis Mokhtar
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246462
  • Pages : 464 pages

Download or read book Kubawa Hati Ini written by Elis Mokhtar and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 464 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Book Srikandi VS Arjuna

    Book Details:
  • Author : Izza Aripin
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2011
  • ISBN : 9831246934
  • Pages : 448 pages

Download or read book Srikandi VS Arjuna written by Izza Aripin and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 448 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

Book Merdu Lirik Kasih

Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Book MAGIS

    Book Details:
  • Author : RAMLEE AWANG MURSHID
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2013
  • ISBN : 9831248937
  • Pages : 545 pages

Download or read book MAGIS written by RAMLEE AWANG MURSHID and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 545 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

Book Cinta Kuasa Tinggi

Download or read book Cinta Kuasa Tinggi written by Azleya Shadzalin and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 709 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Que bekerja sebagai penghantar surat. Dia sangat komited dengan kerjanya walaupun dia berpelajaran tinggi. El, bosnya sangat tegas dan suka memaksa. Que sangat bengang. Rupa-rupanya dalam diam, El suka pada Que. Dia suka tengok Que marah dan berbalas kata dengannya. Cuma satu sikap Que yang paling El tidak suka. Que kaki motor dan ada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Akhirnya, mereka berkahwin juga. Akibat dua-dua keras kepala dan ego, mereka berpisah tanpa lafaz. Lima tahun Que hidup di Jepun. Selama itu, dia membesarkan anaknya sendiri. Selama itu juga El mencari. Akhirnya, selepas penat bermain dengan takdir, pertemuan terjadi semula. Kekusutan terlerai dan mereka gembira akhirnya.