EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

EBookClubs

Read Books & Download eBooks Full Online

Book Awak Jangan Nakal

Download or read book Awak Jangan Nakal written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 668 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry. Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan! Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul.

Book Sayang Awak  Sayang

Download or read book Sayang Awak Sayang written by Murni Aqila and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 704 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Book Kamasutra

    Book Details:
  • Author : Sharifah Abu Salem
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2006
  • ISBN : 9831242416
  • Pages : 432 pages

Download or read book Kamasutra written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 432 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KAMASUTRA memaparkan kisah pergolakan hidup seorang gadis berbangsa asing yang merasakan dia telah kehilangan segala-galanya selepas dirinya dinodai oleh orang yang patut dihormati. Bagi gadis ini yang bernama Samantha, kehidupannya sudah berakhir selepas tragedi pahit itu. Malah, dia bercadang untuk mengakhiri sahaja hidupnya. Namun, dia dipertemukan oleh seorang duda beranak satu bernama Kama. Dari pertemuan itu, Samantha banyak belajar tentang Islam sehingga melahirkan bibit-bibit cinta. Adakah Samantha menerima cinta Kama sedangkan lelaki itu disukai oleh gadis lain? Mahukah Kama menerima bekas isterinya yang kembali untuk menuntut hak ke atas anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun?

Book Fobia

    Book Details:
  • Author : Siti Rozilah
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2017
  • ISBN : 9674463070
  • Pages : 219 pages

Download or read book Fobia written by Siti Rozilah and published by Buku Prima. This book was released on 2017 with total page 219 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya. Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran. Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu? Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan? Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem? Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!

Book Cinta Boarding Pass

    Book Details:
  • Author : BATIAH HADI
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2017
  • ISBN : 9678607824
  • Pages : 279 pages

Download or read book Cinta Boarding Pass written by BATIAH HADI and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 279 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

Book Mr Singa Miss Selamba

    Book Details:
  • Author : NURINA FEEZA
  • Publisher : Alaf 21
  • Release :
  • ISBN : 967860728X
  • Pages : 422 pages

Download or read book Mr Singa Miss Selamba written by NURINA FEEZA and published by Alaf 21. This book was released on with total page 422 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Miss Selamba, itulah gelaran yang sesuai untuk Maira Qaisarah. Dialah manusia pertama berani melawan cakap Iqram Fattah a.k.a Mr Singa merangkap bosnya. Dengan beraninya Maira Qaisarah tayang muka selamba sambil tersengih bak kerang busuk ketika Iqram Fattah tengah marah? Memang buku bertemu ruas! Namun, sikap caring Maira Qaisarah membuatkan Iqram Fattah jatuh cinta, sampai sanggup masuk meminang. Gila ke apa? Tak pasal-pasal Iqram Fattah makan penumbuk Maira Qaisarah! “Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - Maira Qaisarah “Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Lepas kahwin, Iqram Fattah jadi romantik pula. Maira Qaisarah terus jadi cair. Adat berumah tangga tak semestinya indah selama-lamanya. Tup… tup… Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis menggoda Maira Qaisarah. Rumah tangga mereka jadi huru-hara!

Book Please    Jangan    Tackle    Aku

Download or read book Please Jangan Tackle Aku written by Siti Rozilah and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 442 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?

Book Sayangku Cik Tiramisu

Download or read book Sayangku Cik Tiramisu written by Herna Diana and published by Alaf 21. This book was released on 2014 with total page 626 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: 19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran. Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya?

Book MR  LONDON MS  LANGKAWI

Download or read book MR LONDON MS LANGKAWI written by HERNA DIANA and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 506 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah. "Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel. "Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati. "Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite....cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid. "Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!" Hmm....asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Book PUTERA KODOKKU

    Book Details:
  • Author : Julia Basri
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 9678605074
  • Pages : 545 pages

Download or read book PUTERA KODOKKU written by Julia Basri and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 545 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Selamba badak! Muka tembok! Perigi cari timba! Sebutlah apa sahaja pun, Effa tidak peduli. Apa pun yang terjadi, hati Putera Kodok harus dimiliki. Siapa Putera Kodok? Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid. Kacak. Kaya. Cukup serba-serbi. Buat Effa mabukkan cintanya siang dan malam. Tapi, harap muka saja handsome... penakutnya bukan main pada SI KODOK! Masalahnya, ego Rayyan tinggi melangit. Sedikit pun dia tidak teringin beristerikan Effa. Tidak mungkin jejaka pujaan Malaya seperti dia memilih minah sengal macam Effa. Simpang malaikat empat puluh empat! Namun, istilah putus asa tidak pernah wujud dalam hidup Effa. Sepuluh langkah Rayyan lari, seribu langkah Effa mengejar. Tragedi melanda melukakan hati Effa. Ternoktahkah cintanya buat Putera Kodok?

Book Abangku  Ceo Sengal

Download or read book Abangku Ceo Sengal written by Mastura Abdullah and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 419 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu. Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar! Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!.

Book Be My Partner

    Book Details:
  • Author : Fadhilah Drahman
  • Publisher : Buku Prima
  • Release : 2015
  • ISBN : 9674462090
  • Pages : 373 pages

Download or read book Be My Partner written by Fadhilah Drahman and published by Buku Prima. This book was released on 2015 with total page 373 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?

Book AKU ALERGIK CINTA

    Book Details:
  • Author : Ilyana Hani
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2016
  • ISBN : 9678606275
  • Pages : 426 pages

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 426 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Book Bukan Teman Pengganti

Download or read book Bukan Teman Pengganti written by HANIS AZLA and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 419 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kau beri cinta sejati, saat aku menolak teman pengganti... Andai ada jodoh bersama Khalif Azhan, Naura Izdihar mahu bersama lelaki itu hingga ke syurga. Tidak disangka, janji yang terlahir secara spontan pada pertemuan pertama telah mengikat dirinya. Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan kedua-duanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras, namun karakter kedua-duanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan kedua-duanya terikat dengan gadis yang serupa dalam waktu yang berbeza. Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan kesetiaannya pada Khalif apabila Izran bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan perasaan sendiri dan aturan takdir yang telah tertulis? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia? Nak buang, hati rasa sayang. Nak terima, jiwa rasa tak tenteram. “Saya tak pernah berniat untuk jadi pengganti dia. Tapi saya nak berada bersama Naura di waktu Naura sedih kerana dia. Juga di waktu Naura boleh kembali tersenyum kerana saya.” - Izran

Book Cinta Senget Benget

    Book Details:
  • Author : Nina Rose
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2015
  • ISBN : 967860504X
  • Pages : 528 pages

Download or read book Cinta Senget Benget written by Nina Rose and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!

Book Dia Yang Mengerti

Download or read book Dia Yang Mengerti written by Azilah Wahab and published by Alaf 21. This book was released on 2013 with total page 575 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kata-kata Bidan Sauyah menusup dalam fikiran Suriyana. Kemarahannya menjulang-julang terhadap Wardina Amni. Dia tidak mahukan anak itu. Kebencian bertukar dendam. Sebaik saja anak itu dilahirkan, terlalu banyak bencana yang datang. Dia benci, benci, benci! - Wardina Amni - Ada waktunya aku dihina, dikeji dan dipandang mereka dengan penuh jijik. Kehadiranku langsung tak dipedulikan meskipun kelahiranku ke dunia ini, bukan aku yang pinta. - Amir Haziq - “Yang penting, Dina ada abang dan abang ada Dina.” Roda alam terus berputar. Wardina Amni bangkit mencari kebahagiaan. Dia ingin mencapai bintang. Dia juga dambakan keadilan. Haknya sebagai anak harus dipertahankan. Bak seorang pengemis, dia terus menadah kasih. Dia mengharap agar kerinduannya berbalas jua. Sampai bilakah caturan takdir dukanya akan bertukar manis?

Book Syurga Di Hati

    Book Details:
  • Author : Fatin Nabila
  • Publisher : Alaf 21
  • Release : 2009
  • ISBN : 9831244311
  • Pages : 502 pages

Download or read book Syurga Di Hati written by Fatin Nabila and published by Alaf 21. This book was released on 2009 with total page 502 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.